Indikator Stochastic Oscillator: Apa Perlu Anda Tahu?

Indikator Stochastic Oscillator: Apa Perlu Anda Tahu?

Terdapat bermacam indikator dalam MT4 yang boleh membantu dalam dagangan kita seharian. Sebelum pergi lebih lanjut, elok kita mengetahui dahulu jenis

USDJPY: Ulasan Minggu Lalu Dan Pandangan 21/05-25/05/2018
EURUSD: Ulasan Minggu Lalu Dan Pandangan 07/05-11/05/2018

Terdapat bermacam indikator dalam MT4 yang boleh membantu dalam dagangan kita seharian. Sebelum pergi lebih lanjut, elok kita mengetahui dahulu jenis indikator. Indikator boleh dibahagikan kepada dua iaitu Leading Indicator dan Lagging Indicator. Leading Indicator adalah indikator yang memberikan isyarat atau Signal sebelum trend atau Reversal berlaku. Lagging Indicator pula memberikan isyarat atau Signal selepas trend atau Reversal berlaku.

 

Definisi Indikator Stochastic Oscillator

Stochastic Oscillator adalah satu indikator momentum yang memberikan perbandingan harga penutupan sesuatu harga dengan pelbagai harga mengikut tempoh masa atau kadar masa yang tertentu. Kadar sensitiviti indikator Stochastic Oscillator  boleh ditetapkan mengikut kemahuan pengguna. Indikator Stochastic Oscillator ini boleh digunakan bagi menentukan paras terlebih jualan, terlebih belian, Divergence, dan signal belian atau jualan dalam dagangan

 

Terdapat formula khusus yang digunakan bagi mengira Stochastic Oscillator tetapi artikel ini hanya ingin memberikan sedikit pendedahan umum berkenaan indikator Stochastic Oscillator sahaja. Dengan pemahaman Stochastic Oscillator yang baik walau apa pun konfigurasi (setting) ditambah dengan kawalan risiko yang baik boleh memberikan keuntungan yang baik kepada para penggunanya.

 

Sejarah

Stochastic Oscillator telah dibangunkan oleh George Lane (1921-2004) pada lewat 1950-an. Beliau merupakan seorang pedagang sekuriti, penulis, pendidik, penceramah, dan juruanalisis teknikal. Beliau juga merupakan salah seorang kumpulan pedagang niaga hadapan di Chicago. Kata-kata Lane yang popular adalah “Stochactics mengukur momentum harga. Jika anda membayangkan roket yang sedang naik di udara, sebelum roket itu jatuh ke bawah, ia mesti melambatkan momentum sebelum jatuh ke bawah. Momentum sentiasa berubah dahulu sebelum harga berubah”

 

Bagaimana menggunakan Stochastic Oscillator? Carilah guru yang boleh mengajar anda penggunaan indikator Stochastic Oscillator ataupun anda boleh membaca melalui dalam laman-laman sesawang yang banyak terdapat masa kini. Walau apa pun setting  yang anda gunakan, selagi ianya memberikan keuntungan kepada anda, gunakanlah dengan pengurusan risiko yang betul.

 

“Berdaganglah dengan bijak, kadangkala tiada posisi dalam dagangan juga adalah satu posisi”

 

Wallahualam

 

Penafian: ini hanyalah artikel UMUM berkenaan Stochastic Oscillator berdasarkan sumber-sumber dari laman sesawang

 

Sumber:

www.babypips.com, www.investopedia.com, stockcharts.com, www.tradingview.com, www.moshed.com

 

Penulis bersama: Rahim & Fahmi

 

 

COMMENTS

WORDPRESS: 0
DISQUS: