Indeks USD Kini Mencapai Paras 97.00 Mata, Apa Lagi Selepas Ini?

Indeks USD Kini Mencapai Paras 97.00 Mata, Apa Lagi Selepas Ini?

Para pelabur telah menolak USD naik lebih tinggi berbanding matawang utama yang lain sehingga menyebabkan euro, yen Jepun dan Swiss franc jatuh ke pa

Jurang Perbezaan WTI & Brent Kecil, Harga Kekal Di Atas $60
China Dan Amerika Syarikat Bakal Berbincang, Harga Minyak Mentah Sedikit Meningkat.

Para pelabur telah menolak USD naik lebih tinggi berbanding matawang utama yang lain sehingga menyebabkan euro, yen Jepun dan Swiss franc jatuh ke paras terendah tahunan yang baru.

USD/JPY kini selesa didagang di atas 110.00 sementara EUR/USD stabil berada di bawah harga 1.1300.

Kedua-dua harga ini merupakan zon paling signifikan yang telah menghadkan pergerakan yen dan euro sejak beberapa minggu yang lalu.

Dengan tertembusnya garisan tersebut pada hari Isnin yang lalu mengukuhkan kedudukan bearish serta akan terus melemahkan yen dan euro pada masa yang terdekat.

Kekurangan data, penurunan yang kecil daripada ekuiti dan peningkatan hasil global menunjukkan tiada katalis yang khusus menjadi pemandu kepada pergerakan di atas.

Oleh itu, sebahagian pelabur melihat pergerakan tersebut berkemungkinan dipicu oleh kehadiran semula kecairan di pasaran Asia berikutan pasaran China yang tutup sepanjang minggu lalu sempena sambutan tahun baru kini kembali dibuka.

Beberapa data penting akan dikemas kini pada minggu ini, namun masih banyak isu yang telah menekan sentimen risiko sehingga menaikkan permintaan dollar sebagai matawang safe haven.

Sebagai contoh isu yang terus menjadi perhatian adalah rundingan perdagangan AS-China, kemajuan rundingan Brexit May di Parlimen, tempoh pendanaan kerajaan AS yang semakin luput dan kesimpulan laporan daripada Jabatan Perdagangan AS mengenai tarif import kereta.

Kesemua risiko di atas telah meningkatkan potensi untuk terus melemahkan matawang utama yang lain, akan tetapi jika penyelesaian dan kejutan positif berlaku, bukan sahaja sentimen akan memulih malah dollar juga akan kembali dijual.

Sehingga jam 8.10 pagi, indeks USD yang mengukur kekuatan greenback berbanding enam matawang lain naik 0.45% ke paras tertinggi tahunan sekitar 97.07 mata.

COMMENTS

WORDPRESS: 0
DISQUS: