Indeks Dolar AS Menjunam Sebelum Laporan ADP

Indeks Dolar AS Menjunam Sebelum Laporan ADP

Laporan data ADP bakal diterbitkan pada malam nanti jam 8.15 waktu tempatan. Seperti kebiasaan data ADP menjadi perhatian para pedagang di dalam pasa

Euro VS Dolar: Ulasan Minggu Lalu Dan Pandangan 06/03-10/03/2017
USDJPY: Ulasan Minggu Lalu Dan Pandangan 18/09-22/09/2017

Laporan data ADP bakal diterbitkan pada malam nanti jam 8.15 waktu tempatan. Seperti kebiasaan data ADP menjadi perhatian para pedagang di dalam pasaran bagi membuat jangkaan awal kepada potensi apakah yang akan berlaku bagi laporan NFP pada Jumaat nanti.

Data ADP pada malam nanti dijangkakan menambah sejumlah 170,000 pekerjaan di AS berbanding bulan sebelumnya iaitu sebanyak 183,000. Jika angka akhir yang diterbitkan nanti adalah lebih baik daripada jangkaan, ia bakal memberi isyarat kepada kemungkinan laporan data NFP pada Jumaat nanti akan turut positif. Walaupun ianya tidaklah seharusnya begitu, namun pada kebiasaannya itu yang selalu terjadi.

Laporan data ‘Non Manufacturing PMI’ juga turut akan diterbitkan pada malam nanti kurang 2 jam selepas laporan ADP. Pasaran menjangkakan data PMI kali ini sedikit merosot 1.7 mata kepada 58 mata namun angka ini masih lagi menunjukkan sesuatu yang positif selagi ianya berada di atas 50 mata. Sekalipun data PMI positif di atas 50 mata, tetapi jika laporan ADP adalah negatif, Dolar AS mungkin akan ditekan.

USD Index

Indeks Dolar AS menjunam pada hari ini, berada di paras 97.00 semasa artikel ini ditulis. ‘Bearish pin bar’ yang terbentuk pada semalam bakal dikukuhkan lagi jika ‘candlestick’ pada hari ini ditutup dalam keadaan ‘bearish’. Sekaligus memberi petanda reversal bagi jangka pendek-sederhana bakal berlaku. Jika itu berlaku, paras-paras sokongan di 96.70 dan 96.00 mungkin menjadi tumpuan untuk diuji dalam masa terdekat.

COMMENTS

WORDPRESS: 0
DISQUS: