Indeks Dolar AS Ditekan

Indeks Dolar AS Ditekan

Indeks Dolar AS ditekan pada hari ini sebelum laporan KDNK AS dikeluarkan pada sebelah malam nanti. DXY kini sedang berhadapan dengan beberapa tekana

USD Indeks: Ulasan Minggu Lalu dan Pandangan 25/09-29/09/2017
USD Indeks: Ulasan Minggu Lalu dan Pandangan 04/09-08/09/2017

Indeks Dolar AS ditekan pada hari ini sebelum laporan KDNK AS dikeluarkan pada sebelah malam nanti. DXY kini sedang berhadapan dengan beberapa tekanan jualan yang berlatar belakangkan sentimen “selera risiko” yang tidak begitu bagus dan penurunan berterusan dalam pulangan pasaran wang AS.

Pulangan bagi not 10-tahun kini telah berjaya kembali mengukuh setelah terbenam jatuh sehingga paras terendah yang pernah didagangkan pada Disember 2017 iaitu 2.34% seawal sesi dagangan Asia hari ini. Kejatuhan pulangan pasaran bon terus menjadi isu utama apabila kegusaran kelembapan global terus menjadi spekulasi kepada pelonggaran dasar oleh beberapa bank pusat termasuk Fed.

Laporan KDNK pada malam nanti akan diterbitkan sekitar jam 8.30 waktu tempatan. Data dijangkakan bakal mengalami sedikit kemerosotan sebanyak 0.2% iaitu pada 2.4% berbanding bulan lalu iaitu pada 2.6%. Laporan KDNK pada malam nanti adalah merupakan data bagi sukuan ke-4 pada tahun 2018 disamping satu lagi laporan iaitu Tuntutan Awal Pengangguran pada waktu yang sama.

Sebarang terbitan data positif dari kalendar ekonomi AS bakal membantu Dolar AS untuk kembali mengukuh, namun jika sebaliknya berlaku, Dolar AS mungkin bakal teruk dijual di dalam pasaran pada malam nanti.

COMMENTS

WORDPRESS: 0
DISQUS: