Ianya Hari ‘BOE Super Thursday’

Ianya Hari ‘BOE Super Thursday’

Hari 'BOE Super Thursday' tiba lagi dan sudah tentu ianya adalah hari yang paling sibuk buat GBP. Pada pukul 7 malam nanti BOE akan mengumumkan keputu

GBPUSD: Ulasan Minggu Lalu Dan Pandangan 25/09-29/09/2017
GBPUSD: Ulasan Minggu Lalu Dan Pandangan 18/09-22/09/2017

Hari ‘BOE Super Thursday’ tiba lagi dan sudah tentu ianya adalah hari yang paling sibuk buat GBP. Pada pukul 7 malam nanti BOE akan mengumumkan keputusan kadar faedah, pembelian aset, ringkasan polisi kewangan dan minit mesyuarat Bank of England.

Fundamental UK berada pada tahap yang baik, indeks harga pengguna meningkat, kadar pengangguran menurun, walaupun sedikit penurunan terlihat pada purata pendapatan (termasuk bonus). Sentimen Brexit reda sedikit setelah bil yang dibawa oleh May telah berjaya mendapat sokongan di Parlimen.

Secara keseluruhan ianya adalah positif bagi GBP, namun harga matawang yang terlalu tinggi bukanlah sesuatu yang baik untuk UK yang bakal meninggalkan blok Kesatuan Eropah. Barclays Bank dan JP Morgan Bank sudahpun berkira-kira untuk mengalihkan operasi mereka ke Dublin dan Frankfurt.

Pecahan undian ahli MPC malam nanti akan menjadi tumpuan. Jika undian kekal 7-2, atau berlaku kejutan 6-3, ianya adalah mesej yang tersangat kuat bagi Pound untuk terus melonjak. Namun andainya undian berubah kepada 8-1 atau 9, sebaliknya pula akan berlaku.

Perincian di dalam minit mesyuarat BOE juga harus diberi perhatian, terutamanya jika berlaku undian 7-2. Sebarang nada dovish dari minit mesyuarat, mungkin bakal menidakkan Pound untuk meneruskan pendakian.

Pound-Yen : Pasangan ini kembali bergerak masuk ke dalam zone ascending triangle, setelah berjaya memecahkan ‘pattern’ itu awal bulan lalu. Secara teknikalnya, selagi harga 148.00 tidak berjaya ditembusi dengan solid, ianya masih bearish untuk pasangan ini dalam jangka masa sederhana-panjang.

Pound-Dollar : Pasangan ini bergerak secara konsisten di dalam momentum bullish sebelum merudum semalam apabila dollar kembali mendapat kekuatan. Pasangan ini masih berada di dalam ‘pattern’ channel up, dan selagi harga 1.2900 tidak berjaya ditembusi ianya adalah peluang dip-buy!

COMMENTS

WORDPRESS: 0
DISQUS: