Hari Penting Buat USD Pada 2018

Hari Penting Buat USD Pada 2018

Tahun baru 2018, bukanlah permulaan yang baik buat USD walaupun FED mengunjurkan akan berlakunya paling tidak 2 atau 3 kali lagi kenaikan kadar faedah

Dollar Masih Kukuh Di Awal Minggu Disebabkan Outlook Kenaikan Kadar Faedah AS
USD Indeks: Ulasan Minggu Lalu dan Pandangan Minggu Hadapan 13/03-17/03/2017

Tahun baru 2018, bukanlah permulaan yang baik buat USD walaupun FED mengunjurkan akan berlakunya paling tidak 2 atau 3 kali lagi kenaikan kadar faedah buat tahun ini. Optimis dengan komen FED, pasaran memberi reaksi positif namun tidak cukup untuk menjadi katalis kepada kekuatan yang beterusan untuk Dollar.

Tuntutan awal pengangguran dan Kekosongan Jawatan JOLTS tidak memberi gambaran baik sektor pasaran pekerjaan pada bulan Disember 2017 apabila kesemua data yang diterbitkan meleset daripada jangkaan. Keadaan ini turut disokong oleh data NFP yang buruk walaupun data tukaran pekerjaan ADP menunjukkan indikasi yang mengagumkan.

Malam ini jam 9.30 malam, data penting awal tahun ini bagi USD akan diterbitkan iaitu jualan runcit dan indeks harga pengguna. Dua data utama yang cenderung mempengaruhi kadar inflasi ini begitu kritikal dalam FED menilai situasi semasa dan menentukan kadar faedah.

Jangkaan bagi kedua-dua data di atas diletakkan rendah berbanding bulan sebelumnya kecuali bagi teras indeks harga pengguna. Bulan Disember pada kebiasaannya menjadi tempoh dimana pengguna berbelanja lebih daripada biasa, ianya agak ganjil untuk menjangkakan jualan runcit menurun.

Sebarang keputusan yang positif bagi data pada malam ini akan memberi semula kekuatan kepada ‘greenback’ sekaligus memberi keyakinan kepada FED bahawa keputusan mereka¬† menaikkan kadar faedah pada Disember lalu adalah tepat. Ianya juga bakal memberi ruang pada kemungkinan kenaikan kadar faedah yang pertama pada 2018 akan berlaku seawal bulan Mac.

COMMENTS

WORDPRESS: 0
DISQUS: