Hari Katalis Bagi Euro-Dolar

Hari Katalis Bagi Euro-Dolar

Pasangan EURUSD dihumban jatuh lebih kurang 100pips semalam sejurus setelah data Jualan Runcit AS diterbitkan meskipun ianya bukanlah data yang boleh

Ringkasan Sidang Media ECB 27/04/2017
EUR/USD Bull Shark

Pasangan EURUSD dihumban jatuh lebih kurang 100pips semalam sejurus setelah data Jualan Runcit AS diterbitkan meskipun ianya bukanlah data yang boleh dikatakan baik. Namun, data sama pada bulan Mac yang telah disemak semula menunjukkan peningkatan ‘trend’ dalam berbelanja telah berjaya memacu Dolar.

Perolehan perbendaharaan AS 10-tahun melonjak menghampiri 3.1% paras tertinggi dalam tempoh 7 tahun memberi kekuatan kepada Dolar. Data Jualan Runcit yang positif membuka lebih keyakinan Fed bakal menaikkan kadar faedah mendorong pelabur untuk meninggalkan pasaran saham dan beralih pada pemilikan Dolar.

Hari ini merupakan hari yang sibuk bagi kalendar Eropah. Dimulakan dengan CPI Jerman pada 2 petang, CPI Zon Eropah pada jam 5 petang dan kemudiannya ucapan Mario Draghi pada 8 malam. Jika kesemua data CPI ini meleset atau bercampur-campur, EUR akan terus ditekan dan jika kesemua data positif, EUR mampu untuk melakukan pemulihan.

Ucapan Draghi pada sebelah malam berupaya memadam kenaikan EUR jika beliau kekal dengan nada ‘dovish’ seperti kebiasaannya. Awal minggu ini turun naik matawang Eropah ini telah banyak dipengaruhi oleh ucapan beberapa pegawai ECB yang dilihat tidak bersependapat tentang pengakhiran program pembelian aset mereka akan dilakukan.

Data Permit Bangunan bagi AS turut akan diterbitkan pada sebelah malam dan pada masa yang sama pegawai Fed Raphael W. Bostic akan memberikan ucapan beliau. Sebagai salah seorang ahli FOMC, baris ucapannya bakal diteliti untuk mendapatkan sedikit bayangan apa kandungan minit mesyuarat FOMC pada minggu hadapan.

Dari sudut teknikal, pasangan matawang utama ini dilihat berpotensi untuk jatuh lebih rendah untuk mencari paras ‘support’ terkuat di sekitar 1.17000. Garisan ‘uptrend’ sederhana-panjang yang telah dipecahkan pada akhir bulan lalu disokong oleh penembusan harga di bawah garisan EMA250 memberi indikasi ‘bearish’ berada di dalam kawalan pada ketika ini.

EURUSD harus kembali bergerak secara tetap di atas paras 1.20980/1.21000 untuk peluang kembali ‘bullish’. Paras tersebut juga mungkin menjadi paras di mana harga berpotensi melakukan pembetulan iaitu pada FR 61.80% atau di paras-paras FR yang lain. Penembusan di bawah paras 1.17000 akan membuka peluang kepada harga lebih rendah iaitu di 1.15540 dan 1.14000.

COMMENTS

WORDPRESS: 0
DISQUS: