Harga Terus Minyak Mara Dengan Ketegangan Di Timur Tengah

Harga Terus Minyak Mara Dengan Ketegangan Di Timur Tengah

Pasaran minyak meneruskan peningkatan pada hari Jumaat, mengekalkan momentum bullish empat hari berturut-turut, didorong oleh ketegangan konflik di T

USDJPY: Ulasan Minggu Lalu Dan Pandangan 25/09-29/09/2017
Penyelesaian Brexit Masih Dalam Pencarian Menjelang Keputusan Dasar BoE

Pasaran minyak meneruskan peningkatan pada hari Jumaat, mengekalkan momentum bullish empat hari berturut-turut, didorong oleh ketegangan konflik di Timur Tengah.

Sehingga jam 5.15 petang, futures minyak WTI naik 0.5% kepada $63.20 manakala minyak antarabangsa Brent pula meningkat 0.3% kepada $72.81 per tong.

Harga meneruskan peningkatannya selepas Timbalan Menteri Pertahanan Saudi yang juga merupakan abang kepada pemerintah Khalid bin Salman mendakwa menerusi Twitter bahawa serangan drone pada hari Selasa lalu dilakukan oleh Iran.

Kenyataan tersebut membangkitkan kebimbangan terhadap keadaan apakah negara-negara pengeluar minyak terbesar dunia sedang mengatur peperagan disamping menolak harga minyak lebih tinggi.

Pada hari Ahad yang lepas, kerajaan Saudi mengatakan bahawa dua kapal tangki minyak mereka rosak akibat serangan yang dilakukan apabila mereka berada di Teluk Parsi.

Iran yang berada di bawah sekatan AS sehingga mengakibatkan minyak mereka terlarang untuk dijual dimana-mana telah memberi amaran kepada pengeluar minyak di Timur Tengah termasuk AS akibat daripada tindakan mereka.

Menurut laporan daripada Reuters pada hari Khamis lalu, presiden Trump dikatakan telah mengarah beberapa penasihat tertinggi beliau untuk tidak terjebak dengan peperangan bersama Iran.

U.S. President Donald Trump has told his top advisers he does not want to get the U.S. involved in a war with Iran, Reuters reported on Thursday citing three U.S. officials

COMMENTS

WORDPRESS: 0
DISQUS: