Harga Minyak Mula Meningkat Naik, Harga Tumpuan $55

Harga Minyak Mula Meningkat Naik, Harga Tumpuan $55

Pada minggu lepas, harga minyak dunia jatuh merudum setelah laporan mingguan EIA menunjukkan peningkatan jumlah simpanan stok minyak AS apabila syarik

Permintaan Minyak Meningkat, Kemungkinan Harga Yang Lebih Tinggi
Harga Minyak Dunia Mungkin Berhadapan Kemerosotan Harga Semula

Pada minggu lepas, harga minyak dunia jatuh merudum setelah laporan mingguan EIA menunjukkan peningkatan jumlah simpanan stok minyak AS apabila syarikat pengeluar minyak AS terus menerus mengepam minyak ke dalam pasaran.

Namun, menjelang penutupan sesi dagangan pada minggu lepas minyak meningkat naik menghampiri paras $47 setong dan dilihat terus tersekat di paras itu pada hari isnin. Peningkatan pengeluaran daripada Libya antara punca momentum kenaikan harga terhenti.

Walaupun begitu, Arab Saudi dan Russia telahpun bersetuju untuk meneruskan usaha pemotongan jumlah pengeluaran mereka selepas Jun nanti. Keputusan secara kolektif dan bersama OPEC bakal diketahui pada 25 Mei nanti apabila mereka sekali lagi bertemu di Vienna.

Data EIA pada minggu ini yang akan diumumkan pada malam ini dijangka akan lebih baik apabila dilihat bekalan minyak menurun dan ini sedikit pasti memberikan momentum semula kepada harga minyak untuk terus meningkat. Harga $55 setong masih menjadi tumpuan untuk dipecahkan.

Harga pasaran (MOPS) untuk minyak petrol secara mingguan pula, merekodkan penerusan penurunan harga kepada $63 setong. Ringgit kembali sedikit lemah pada minggu ini, ketika artikel ini ditulis USD/MYR berada di paras 4.3465 selaras dengan harga di pam bagi Petrol RON95 dan RON97, yang bakal turun sebanyak 10 sen pada tengah malam ini.

 

COMMENTS

WORDPRESS: 0
DISQUS: