Harga Minyak Mentah Merosot, Isu Amerika Dan Iran Terus Menjadi Perhatian.

Harga Minyak Mentah Merosot, Isu Amerika Dan Iran Terus Menjadi Perhatian.

Isnin, harga minyak mentah dunia merosot pada awal dagangan selepas terdapat peningkatan pengeluaran dari Negara-Negara OPEC walaupun sekatan Amerika

Rundingan Perdagangan AS-China Menunjukkan Kemajuan Yang Signifikan, Dapatkah Penambahan Tarif Dielakkan?
EUR/USD Masih Di Dalam Mod ‘Consolidation’

Isnin, harga minyak mentah dunia merosot pada awal dagangan selepas terdapat peningkatan pengeluaran dari Negara-Negara OPEC walaupun sekatan Amerika Syarikat keatas eksport Iran juga menjadi tumpuan utama.

Pada jam 0045ET ( 0445GMT ) , kontrak dagangan niagaan hadapan minyak mentah Brent untuk penghantaran November susut 0.3% untuk diniagakan pada harga $77.42 setong, manakala dagangan hadapan minyak mentah West Texas Intermediate ( WTI ) untuk penghantaran Oktober juga mencatatkan penurunan 0.3% untuk didagangkan pada harga $69.61.

Daripada kajian yang dikeluarkan oleh Reuters, pengeluaran dari Negara-Negara OPEC meningkat sebanyak 220,000 tong sehari diantara bulan Julai dan Ogos.

Dari data yang dikeluarkan pada hari Jumaat itu juga, firma tenaga Baker Hughes juga menunjukkan bahawa jumlah pelantar aktif di Amerika Syarikat meningkat sebanyak dua ( 2 ) buah menjadikan bilangan pelantar aktif adalah sebanyak 862 pada minggu lalu.

Para pelabur minyak terus menumpukan perhatian terhadap kemungkinan gangguan terhadap minyak mentah global yang dijangka pada minggu mendatang memandangkan sekatan Amerika Syarikat keatas Iran yang dijangka semakin ketat akan membawa kesan terhadap pasaran minyak mentah dunia.

Sekatan yang dikenakan terhadap Iran sejak November lalu itu bermula selepas Presiden Donald Trump menarik diri dari perjanjian nuclear Bersama negara tersebut pada awal tahun ini.

Iran adalah pengeluar ketiga terbesar di dalam Pertubuhan Negara Pengeksport Petroleum ( OPEC ) dengan jumlah pengeluaran sebanyak 2.5 juta tong sehari dan menjadi pengesport kepada 2.5% pengunaan global.

COMMENTS

WORDPRESS: 0
DISQUS: