Harga Minyak Mentah Meningkat Menjelang Sekatan Amerika Syarikat Ke Atas Iran.

Harga Minyak Mentah Meningkat Menjelang Sekatan Amerika Syarikat Ke Atas Iran.

Isnin, harga minyak mentah Brent sekali lagi meningkat melepasi paras $80 setong pada awal dagangan hari ini selepas pasaran semakin meruncing untuk m

Serangan Tarif AS-China Ditangguhkan Selama 90 Hari
GBP/USD Mendatar Di Dalam Julat Mingguan, Stabil Antara Kelemahan USD & Ketidaktentuan Brexit

Isnin, harga minyak mentah Brent sekali lagi meningkat melepasi paras $80 setong pada awal dagangan hari ini selepas pasaran semakin meruncing untuk menghadapi sekatan Amerika Syarikat terhadap eksport minyak mentah Iran yang bakal bermula pada bulan hadapan.

Pada jam 0646 GMT, niagaan hadapan minyak mentah Brent mencatatkan perningkatan 48sen atau bersamaan dengan 0.6% daripada harga penutup minggu lalu. Manakala niagaan hadapan minyak mentah West Texas Intermediate ( WTI ) pula mencatatkan peningkat 0.7% bersamaan 48sen untuk didagangkan pada harga $69.60 setong.

Sekatan Amerika Syarikat ke atas sektor minyak di Iran yang juga pengeluar ketiga terbesar untuk Organisasi Negara Pengeksport Minyak ( OPEC ) akan dilaksanakan menjelang 4 November. Amerika Syarikat di bawah pentadbiran Presiden Donald Trump berusaha untuk mengurangkan eksport minyak mentah Iran ke paras sifar bagi memaksa negara tersebut untuk melakukkan rundingan baru perjanjian program nuklearnya.

Setiausaha Perbendaharaan Amerika Syarikat Steven Mnuchin berucap kepada Reuters pada hari Ahad lalu memberitahu bahawa dengan pentadbiran baru ini, negara-negara lain susah untuk mendapat pengecualian sekatan berbanding semasa pentadbiran Obama yang terdahulu dimana banyak negara-negara Asia menerima pengeculian sekatan.

Pada bulan Jun lalu, negara-negara OPEC berjanji untuk meningkatkan pengeluaran bagi menampung jumlah pengeluaran yang disekat di Iran, walaubagaimanpun kajian yang dibuat oleh Reuters menunjukkan organisasi tersebut masih gagal apabila perningkatan pengeluaran oleh Arab Saudi hanya menampung pengeluaran yang kurang dari negara organisasi terbabit sahaja.

Pada awal hari ini Fatih Birol pengarah eksekutof Agensi Tengaa Antarabangsa ( IEA ) berkata pengeluar utama dunia lain juga bertungkus lumus meningkatkan pengeluaran bagi menampung gangguan di Iran dan beliau juga menjangkakan harga minyak minyak akan terus meningkat.

COMMENTS

WORDPRESS: 0
DISQUS: