Harga Minyak Mentah Didagangkan Stabil Selepas Simpanan Amerika Syarikat Meningkat.

Harga Minyak Mentah Didagangkan Stabil Selepas Simpanan Amerika Syarikat Meningkat.

  Rabu, harga minyak mentah didagangkan tidak berubah selepas data simpanan minyak mentah di Amerika Syarikat mencatatkan perningkatan yang ti

GBP/USD Pecahkan Fasa ‘Consolidation’, Support 1.3200 Berjaya Dipertahankan
Dollar Meroket Dengan Keputusan Fed Yang Kurang Dovish

 

Rabu, harga minyak mentah didagangkan tidak berubah selepas data simpanan minyak mentah di Amerika Syarikat mencatatkan perningkatan yang tidak dijangka.

Pada jam 0509 ET ( 0909 GMT ), niagaan hadapan minyak mentah West Texas Intermediate ( WTI ) untuk penghantaran November mencatatkan penurunan 0.1% untuk didagangkan pada harga $69.58 setong. Manakala niagaan hadapan minyak mentah Brent yang menjadi penanda aras untuk dagangan global pula mencatatkan penurunan sebanyak 0.18% untuk didagangkan pada harga $78.89. walaubagaimanapun harga tersebut masih berada paras tertinggi dalam jangka masa empat ( 4 ) tahun.

Data yang dikeluarkan oleh Institut Petroleum Amerika ( API ) pada hari Selasa menunjukkan bahawa simpanan minyak mentah Amerika Syarikat mencatatkan perningkatan 1.2 juta tong menjadikan jumlah simpanan kepada 397.1 juta sehingga minggu berakhir 14 September sekaligus melepasi jangkaan awal yang menjangkakan penurunan sebanyak 2.7 juta tong.

Beberapa bulan kebelakangan ini harga minyak mentah mencatatkan perningkatan selepas para pelabur menjangkakan tekanan dari Amerika Syarikat terhadap eksport Iran dimana sekatan yang dijangka berkuat kuasa pada bulan November itu dijangka akan menyebabkan eksport Iran jatuh.

 

COMMENTS

WORDPRESS: 0
DISQUS: