Harga Minyak Meningkat Pada Hari Ke-5, Arab Saudi Dijangka Mengekalkan Usaha Pemotongan Output

Harga Minyak Meningkat Pada Hari Ke-5, Arab Saudi Dijangka Mengekalkan Usaha Pemotongan Output

Kontrak minyak meningkat ke paras tertinggi enam minggu pada hari Selasa disokong oleh optimis pelabur terhadap potensi lanjutan tempoh pemotongan ou

‘Long’ Atau ‘Short’, Apakah Pilihan EUR/USD?
Tax Bill US: Jimat $338 billion VS 4 Juta Rakyat Tanpa Perlindungan

Kontrak minyak meningkat ke paras tertinggi enam minggu pada hari Selasa disokong oleh optimis pelabur terhadap potensi lanjutan tempoh pemotongan output oleh OPEC dan sekutu mereka.

Setakat jam 8.30 malam, futures minyak WTI naik 50 sen kepada $58.35 setong manakala futures minyak Brent yang menjadi ukuran harga antarabangsa naik 54 sen kepada $63.13 per tong.

Puterma Abdulaziz bin Salman, menteri tenaga Saudi yang baru dan juga ahli delegasi utama Saudi di dalam OPEC berkata bahawa negara mereka masih tidak mengubah dasar dan akan pemotongan minyak global sebanyak 1.2 juta tong sehari akan dikekalkan.

Beliau turut menyatakan bahawa pengeluar non-OPEC yang diketuai oleh Rusia juga akan bersama-sama untuk menghadkan pengeluaran mereka.

Gabungan Menteri Jawatankuasa Pemantauan (JMMC) yang akan menerbitkan laporan terkini bagi kadar pematuhan syarat pemotongan dijadualkan bertemu di Abu Dhabi pada hari Khamis.

Antara isu yang membimbangkan adalah sejauh mana pematuhan syarat sebahagian ahli OPEC seperti Iran dan Nigeria yang telah melepasi quota pengeluaran pada bulan Ogos lalu dan Russia juga dilihat tidak lagi mematuhi sepenuhnya syarat-syarat perjanjian.

Pasaran minyak berjaya bakal mencatat peningkatan terpanjang sejak bulan Julai yang lalu sekiranya momentum bullish dapat dikekalkan sehingga sesi terakhir dagangan hari Selasa.

Namun begitu, perkembangan rundingan perdagangan AS-China berpotensi menjadi penghalang kepada pemulihan tersebut berikutan hasil yang negatif berpotensi meningkatkan ketidaktentuan pada ekonomi global, mengurangkan permintaan dan meningkatan bekalan minyak AS.

COMMENTS

WORDPRESS: 0
DISQUS: