Harga Minyak Kembali Mendatar, Kelulusan Rang Undang-Undang Baru Oleh Trump Mengeruhkan Hubungan AS & China

Harga Minyak Kembali Mendatar, Kelulusan Rang Undang-Undang Baru Oleh Trump Mengeruhkan Hubungan AS & China

Harga minyak bergerak mendatar sepanjang minggu ini berikutan perkembangan isu rundingan perdagangan AS-China terus mempengaruhi keinginan para pelab

Preview News Penting Buat EUR, USD & CAD: 11/10/2019
Outlook Ekonomi Global Negatif Dengan Pengucupan Melebih Jangkaan PMI Pembuatan Caixin China

Harga minyak bergerak mendatar sepanjang minggu ini berikutan perkembangan isu rundingan perdagangan AS-China terus mempengaruhi keinginan para pelabur terhadap aset-aset berisiko.

China telah memberi amaran kepada AS bahawa mereka akan membalas dengan tindakan yang lebih tegas terhadap undang-undang AS yang menyokong pihak perusuh anti-kerajaan di Hong Kong.

Para pelabur bimbang jika isu ini akan menjejaskan kelancaran sehingga terpaksa melanjutkan perjanjian fasa pertama kepada waktu yang lebih lama, sekali gus akan memberi kesan buruk kepada permintaan minyak.

Oleh itu, para pelabur dilihat sedang menantikan apakah China akan menarik balik semula ancaman tersebut atau segera mengumumkannya.

Situasi ini akan meletakkan perjanjian perdagangan berada pada posisi yang bahaya sehingga berpotensi memicu sell-off besar-besaran pada bulan Disember jika ianya gagal dilaksanakan.

Selain isu perdagangan, fokus pelabur minyak turut tertumpu kepada mesyuarat OPEC dan Rusia pada minggu hadapan yang akan membincangkan lebih lanjut isu berkaitan had pengeluaran yang bakal tamat pada bulan Mac 2020.

Tiada pemotongan yang lebih besar dijangkakan berikutan syarikat-syarikat minyak di Rusia memohon untuk tidak diubah quota pengeluaran mereka sehingga akhir bulan Mac.

Kini sehingga jam 12.45 tengahhari, kontrak minyak WTI di NYMEX didagang sekitar harga $58.00 per tong, kembali menghampiri paras pembukaan harga pada minggu ini.

Kontrak minyak Brent yang menjadi rujukan antarabangsa juga merekodkan pergerakan yang sama apabila harga kembali berundur dan didagang sedikit rendah daripada pembukaan harga pada minggu ini sekitar $63.00 per tong.

COMMENTS

WORDPRESS: 0
DISQUS: