Harga Minyak Kembali Melonjak, Pasaran Lebih Optimis Dengan Perkembangan Isu Perdagangan AS-China

Harga Minyak Kembali Melonjak, Pasaran Lebih Optimis Dengan Perkembangan Isu Perdagangan AS-China

Kerajaan AS pada jam 8.30 malam malam ini akan menerbitkan angka bekalan mingguan rasmi bagi simpanan minyak mentah yang mana dijangka meningkat seba

GBPUSD: Ulasan Minggu Lalu Dan Pandangan 15/01-19/01/2018
4 Sebab Anda Perlu Bertahan Daripada Membeli USD

Kerajaan AS pada jam 8.30 malam malam ini akan menerbitkan angka bekalan mingguan rasmi bagi simpanan minyak mentah yang mana dijangka meningkat sebanyak 1.4 juta tong.

Pada minggu lalu, pasaran telah dikejutkan dengan penambahan bekalan sebanyak 3.1 juta tong sehingga menyebabkan fokus pasaran terus tertumpu kepada kelemahan permintaan diperingkat global yang semakin ditekan oleh kelembapan ekonomi dunia.

Para pelabur juga dalam keadaan berjaga-jaga apabila data API yang dikeluarkan pada hari Selasa menunjukkan peningkatan 4.1 juta tong bekalan pada minggu lalu.

Namun begitu, optimis terhadap isu rundingan perdagangan AS-China mengembalikan permintaan pasaran terhadap aset-aset berisiko termasuk saham futures dan komoditi seperti minyak.

Sehingga jam 7.40 malam, kontrak futures bagi minyak antarabangsa Brent naik 65 sen atau 1.10% kepada $58.88 sementara minyak WTI meningkat 1.08% ke paras $53.20 setong.

China dilapor telah menawarkan pembelian tambahan sebanyak $10 billion ke atas produk pertanian AS sebagai salah satu usaha pendamaian menjelang trade-talk di Washington pada minggu ini.

Menurut laporan Bloomberg, China dikatakan terbuka untuk menerima sebarang syarat perdagangan yang terhad selagi tiada tarif baru dikuatkuasakan

Keraguan walau bagaimanapun tetap wujud apabila Presiden Trump mengatakan bahawa beliau tidak akan berminat dengan perjanjian jangka masa pendek dan tarif yang lebih tinggi tetap akan dijalankan mengikut jadual akhir bulan ini dan bulan Disember.

COMMENTS

WORDPRESS: 0
DISQUS: