Harga Minyak Jatuh Menjunam, OPEC Menunggu Keputusan Rusia Untuk Menetapkan Jumlah Pemotongan Output Mereka

Harga Minyak Jatuh Menjunam, OPEC Menunggu Keputusan Rusia Untuk Menetapkan Jumlah Pemotongan Output Mereka

OPEC telah merancang untuk memotong pengeluaran minyak mereka dengan syarat Rusia turut bersama dalam perjanjian tersebut. 5 delegasi yang berkumpu

KDNK Q1 UK Jatuh, GBP Dilepaskan Secara Besar-besaran
Great Britain Pound, Pilihanraya UK & Serangan Kota London

OPEC telah merancang untuk memotong pengeluaran minyak mereka dengan syarat Rusia turut bersama dalam perjanjian tersebut.

5 delegasi yang berkumpul untuk bermesyuarat di Vienna pada hari ini berkata mereka sedang menunggu berita daripada Rusia berikutan menteri tenaga, Alexander Novak telah pulang untuk mengadakan perbincangan lanjut bersama Presiden Vladimir Putin.

Novak akan kembali ke Vienna pada hari Jumaat bagi sesi rundingan seterusnya bersama OPEC, sehari selepas OPEC dan ahli mereka berbincang mengenai situasi semasa pasaran minyak.

Salah satu delegasi yang terlibat optimis bahawa perjanjian akan terbentuk, namun masih belum jelas dengan jumlah pemotongan yang akan dipersetujui.

Menurut laporan Reuters, tiga delegasi menjangkakan OPEC akan memotong 1 juta tong sehari jika Rusia bersetuju menurunkan 150,000 bdp pengeluaran.

Namun jika Rusia dapat bersama menghadkan pengeluaran sebanyak 250,00 tong, had pemotongan OPEC dijangka mencecah 1.3 juta tong sehari.

Novak berkata negara Rusia berhadapan kesukaran untuk menghadkan pengeluaran minyak berikutan cuaca pada musim sejuk.

Keputusan OPEC untuk menghadkan pengeluaran dilihat telah mengenepikan tekanan Presiden Donal Trump yang ingin membantu pertumbuhan ekonomi global dengan biarkan harga minyak terus rendah.

Ketua OPEC Arab Saudi juga memberi isyarat bahawa organisasi tersebut akan menghadkan pengeluaran sebanyak 1.3 juta tong sehari atau 1.3% daripada pengeluaran minyak dunia.

Meneteri Minyak Oman Mohammed bin Hamad Al-Ruhmy berkata jumlah pemotongan ini dibuat dengan mengambil pengeluaran bulan September atau Oktober 2018 sebagai asas.

Sehingga jam 7 petang, harga minyak WTI telah jatuh menjunam sebanyak -4.54% atau $2.41 ke paras $50.49 per tong sementara harga minyak Brent pula susut -4.61% atau $2.85 ke paras $58.72 per tong.

COMMENTS

WORDPRESS: 0
DISQUS: