Harga minyak jatuh lagi? Sampai bila?

Harga minyak jatuh lagi? Sampai bila?

Hari ini ketika ini ulasan pasaran ini ditulis harga minyak global jatuh merudum. Ini berikutan stok minyak daripada AS meningkat berterusan sejak lap

Pasaran Minyak Stabil Dengan Hawkish Barkindo
Harga Komoditi Hitam VS Import Minyak China

Hari ini ketika ini ulasan pasaran ini ditulis harga minyak global jatuh merudum. Ini berikutan stok minyak daripada AS meningkat berterusan sejak laporan stok minyak mentah 11/01/2017. Peningkatan pengeluaran ini dilihat menterbalikkan usaha yang dibuat oleh Ahli OPEC dan Non-OPEC bagi mengurangkan pengeluaran semasa.

 

Ketika ulasan ini ditulis harga minyak mengikut carta XM.com OIL-MAY17 dicatat pada 47.49 setong. Harga ini merupakan harga terendah bagi 16 minggu terkebelakang. Secara teknikal harga sekarang sudah menghampiri 61.8% Fibonachi Retracement bagi kejatuhan sejak 11/12/2016.

 

Pakar-pakar ekonomi memberikan amaran jika peningkatan stok minyak mentah daripada AS berterusan, ditakuti krisis harga Minyak akan kembali datang dan usaha OPEC dan Non-OPEC adalah sia-sia sahaja.

 

Malaysia sebagai salah sebuah negara Non-OPEC, pendapatan negara hasil eksport minyak dijangka akan kembali terjejas jika situasi ini berterusan. Malam ini jam 10.30 malam waktu Malaysia satu lagi laporan stok harga minyak mentah daripada AS akan diterbitkan. Jika stok daripada AS terus meningkat, ada kemungkinan harga minyak mentah dunia akan terus merudum.

 

 

Ulasan 21/03/2017 berkenaan harga minyak oleh Saudara Firdaus Ali boleh didapati di http://www.ctc.fm/harga-minyak-dunia-kembali-merudum/.

 

Wallahualam…

 

“Berdaganglah dengan bijak, kadang-kala tiada posisi juga adalah satu posisi”

COMMENTS

WORDPRESS: 0
DISQUS: