Harga Emas Stabil Menjelang Laporan PCE

Harga Emas Stabil Menjelang Laporan PCE

Harga emas meningkat sedikit tinggi pada hari Khamis didorong oleh penurunan dollar daripada paras tertinggi enam bulan setengah yang lalu. Pasaran

USD Indeks: Ulasan Minggu Lalu dan Pandangan 18/06-22/06/2018
Lonjakan Harga Minyak Tingkatkan Permintaan Loonie (CAD)

Harga emas meningkat sedikit tinggi pada hari Khamis didorong oleh penurunan dollar daripada paras tertinggi enam bulan setengah yang lalu.

Pasaran niaga hadapan emas di COMEX naik $3.30 atau 0.25% kepada $1,304.80 per anus setakat jam 8.10 malam.

Sementara itu, indeks USD yang mengukur kekuatan greenback berbanding enam matawang lain susut 0.27% kepada 93.81 mata berundur jauh daripada paras tertinggi 7 November 2017, 94.97 yang direkodkan pada hari Selasa.

Kelemahan greenback meningkatan permintaan logam emas oleh pemilik matawang asing yang lain berikutan harga yang lebih rendah.

Kejatuhan dollar walau bagaimanapun masih dilihat sebagai satu langkah ‘take profit’ menjelang laporan tuntutan insurans pengangguran dan perbelanjaan pengguna PCE bagi bulan April yang akan dikeluarkan pada jam 8.30 malam.

Bacaan yang lebih positif dijangka dapat membantu meningkatkan semula permintaan dollar sebelum laporan NFP dikeluarkan pada hari esok (Jumaat).

COMMENTS

WORDPRESS: 0
DISQUS: