Harga Emas Meroket Lebih $20, Isu Perjanjian Perdagangan AS-China Semakin Merunsingkan

Harga Emas Meroket Lebih $20, Isu Perjanjian Perdagangan AS-China Semakin Merunsingkan

Pasaran emas melonjak lebih $20 pada hari Selasa yang lalu apabila Presiden AS Donald Trump mengeluarkan kenyataan yang menambahkan keraguan terhadap

China Mulakan Langkah Mengurangkan Tariff Import Kenderaan
Penguduran Dollar, Buka Peluang USD/JPY Menguji Semula Support ¥111.00

Pasaran emas melonjak lebih $20 pada hari Selasa yang lalu apabila Presiden AS Donald Trump mengeluarkan kenyataan yang menambahkan keraguan terhadap kelancaran proses perjanjian fasa pertama yang telah berlanjutan sejak bulan Oktober yang lalu.

Sehingga jam 2.05 petang, kontrak futures emas di Comex NYMEX didagang sekitar $1,486.25, meningkat daripada paras $1,465 dan masih mengekalkan momentum bullish sehingga akhir pasaran Asia hari Rabu.

Trump ketika menghadiri mesyuarat ketua NATO di London menyebut perjanjian perdagangan yang dinanti-natikan berkemungkinan akan ditangguhkan sehingga berlangsungnya pilihan raya Presiden AS pada bulan November 2020.

Kenyataan Trump tersebut bertentangan dengan apa yang telah disampaikan oleh penasihat utama beliau Kellyanne Conway yang mengatakan bahawa perjanjian berpotensi ditandatangani secara rasmi pada akhir tahun ini.

Kedua-dua ulasan yang berbeza telah mengembalikan ketidaktentuan terhadap prospek ekonomi global, sekali gus meningkatkan permintaan emas sebagai pilihan aset safe haven.

Setiausaha Perdagangan AS Wilbur Ross pula berkata sekiranya rundingan tidak menunjukkan sebarang kemajuan yang signifikan, penambahan duti import ke atas telefon bimbit, komputer riba dan permainan daripada China akan dikuatkuasakan pada 15 Disember hadapan.

COMMENTS

WORDPRESS: 0
DISQUS: