Greenback (USD) Menunju Peningkatan Lapan Hari Berturut-turut

Greenback (USD) Menunju Peningkatan Lapan Hari Berturut-turut

Sesi rundingan perdagangan yang baru telah bermula di Beijing selepas hasil pertemuan di Washington minggu lalu berakhir tanpa sebarang perjanjian.

Masih Terkejut Dengan Brexit, FTSE 100 & Sterling Junam
Laporan ISM & Minit Mesyuarat Fed Memulihkan Sentimen USD

Sesi rundingan perdagangan yang baru telah bermula di Beijing selepas hasil pertemuan di Washington minggu lalu berakhir tanpa sebarang perjanjian.

Mesyuarat di antara para pegawai di peringkat bawahan telah berlangsung pada hari ini, diketuai oleh Timbalan Perdagangan AS Jeffery Gerrish.

Sementara rundingan peringkat tinggi yang diwakili Robert Lighthizer dan Steven Mnchin akan dilaksanakan pada hari Khamis dan Jumaat hadapan.

Kedua-dua pihak cuba untuk mendapatkan perjanjian sebelum tarikh penangguhan tamat pada 1 Mac di mana penambahan 25% tarif AS ke atas barangan import China bernilai $200 billion akan dikuatkuasakan.

Selain itu, perkembangan politik Amerika mengenai isu pembiayaan tembok sepanjang sempadan Mexico serta dasar penahanan pendatang asing turut menjadi perhatian pada minggu ini.

Hal ini kerana, bagi mengelak daripada berlakunya penutupan semula kerajaan, Kongres yang terdiri daripada Demokrat dan Republik hanya mempunyai sehingga hari Jumaat (15 Februari) untuk melanjutkan pendanaan sementara yang telah diluluskan pada 25 Januari yang lalu.

Walau bagaimanapun, keadaan pertumbuhan global semakin lemah terutamanya di UK dan Eropah telah meningkatkan permintaan dollar sebagai pilihan safe haven sepanjang minggu lepas.

Sehingga jam 8.33 malam, indeks USD yang mengukur kekuatan greenback berbanding enam matawang lain naik 0.18% kepada 96.81, menuju peningkatan lapan hari berturut-turut.

COMMENTS

WORDPRESS: 0
DISQUS: