Greenback Bangkit Dengan Bacaan Indeks PPI Teras Yang Lebih Baik

Greenback Bangkit Dengan Bacaan Indeks PPI Teras Yang Lebih Baik

Greenback bangkit pada sesi pasaran AS hari Selasa, disokong oleh peningkatan indikator utama Fed, data inflasi harga pengeluar (PPI) Teras. Indeks

Pesuruhjaya EU Moscovici: Sekatan Mungkin Dikenakan Ke Atas Itali Jika Pelan Belanjawan 2019 Mereka Ditolak
Preview News Impak Tinggi: 16/11/2017

Greenback bangkit pada sesi pasaran AS hari Selasa, disokong oleh peningkatan indikator utama Fed, data inflasi harga pengeluar (PPI) Teras.

Indeks USD yang mengukur kekuatan greenback berbanding enam matawang utama dunia yang lain naik 0.22% kepada 97.22 setakat jam 12.20 tengah malam.

Indeks PPI Teras meningkat lebih tinggi berbanding jangkaan pada bulan November sekitar 0.3%.

Federal Reserve menjadikan data PPI sebagai rujukan utama kerana apabila pengeluar membayar lebih banyak barangan, harga tersebut akan terus mengalir ke peringkat pengguna.

Dollar telah ditekan oleh spekulasi yang menjangkakan bank pusat akan menangguhkan kitaran pengetatan dasar mereka, namun angka-angka yang lebih baik akan membantu ahli FOMC membentuk pendirian mereka.

Lonjakan dollar telah memadamkan pemulihan GBP/USD dengan pound masih diselubungi ketidaktentuan Brexit.

PM May telah menangguhkan undian Brexit di parlimen bagi mendapatkan perjanjian yang lebih baik di Brussel, namun Chanselor Jerman Angela Merkel berkata EU tidak akan membuka rundingan semula perjanjian Brexit.

GBP/USD kini didagang sekitar 1.2536, jatuh daripada paras tertinggi 1.2629

COMMENTS

WORDPRESS: 0
DISQUS: