Goldman: Komoditi Hitam Berdepan Votaliti Tinggi Minggu Hadapan

Goldman: Komoditi Hitam Berdepan Votaliti Tinggi Minggu Hadapan

Harga minyak mentah stabil pada hari Jumaat berikutan hasil usaha OPEC dan Rusia menghadkan pengeluaran minyak terus menguasai sentimen pasaran. Be

China Bakal Memberhentikan Pembelian Minyak Iran
Isu Pengeluaran Minyak US Punca Kejatuhan Harga WTI & Brent

Harga minyak mentah stabil pada hari Jumaat berikutan hasil usaha OPEC dan Rusia menghadkan pengeluaran minyak terus menguasai sentimen pasaran.

Berikut adalah perubahan harga minyak mentah West Texas Intermediate (WTI) dan Brent setakat jam 10.15 pagi

Minyak Brent: $63.80
Minyak WTI: $57.02

Antara faktor lain yang mengukuhkan pasaran adalah ketegangan geopolitik di Timur Tengah pada akhir minggu lalu yang mungkin menganggu pengeluaran, permintaan yang semakin meningkat dan juga kemungkinan perjanjian pemotongan pengeluaran minyak OPEC dan Rusia dilanjutkan.

Goldman memberi amaran pasaran mungkin akan berdepan dengan votaliti (naik turun) harga yang tinggi pada minggu hadapan berikutan bilangan aktiviti penggalian US yang meningkat dan juga mesyuarat OPEC pada bulan ini dijangka menekan semula pasaran untuk membuat pembetulan harga.

Namun begitu, ketegangan geopolitik di Arab Saudi yang semakin meningkat mungkin akan menjadi sebab untuk harga meneruskan peningkatan.

ANZ pula berkata walaupun kemungkinan berlakunya gangguan bekalan minyak adalah rendah, namun kestabilan politik di Timur Tengah yang semakin terjejas akan mengukuhkan lagi pendirian Arab Saudi untuk meneruskan pemotongan pengeluaran minyak di masa hadapan.

Oleh itu, harga minyak akan terus mendapat sokongan dalam jangka masa yang terdekat.

OPEC akan mengadakan satu pertemuan raasmi pada 30 November bagi membincangkan polisi pengeluaran yang baru dengan jangkaan tempoh perjanjian had pengeluaran akan dilanjutkan melebihi Mac 2018.

COMMENTS

WORDPRESS: 0
DISQUS: