GDP China Jatuh Ke Paras Terendah 27 Tahun Lalu,  Lebih Banyak Ransangan Bakal Diumumkan

GDP China Jatuh Ke Paras Terendah 27 Tahun Lalu, Lebih Banyak Ransangan Bakal Diumumkan

Momentum pertumbuhan ekonomi China bergerak perlahan pada suku tahun kedua, jatuh ke paras terendah 27 tahun yang lalu sekitar 6.2% (YoY). Pergera

Mampukah Harga Emas Keluar Daripada Paras Terburuk 2018?
Dolar VS Loonie: Ulasan Minggu Lalu Dan Pandangan 11/09-15/09/2017

Momentum pertumbuhan ekonomi China bergerak perlahan pada suku tahun kedua, jatuh ke paras terendah 27 tahun yang lalu sekitar 6.2% (YoY).

Pergerakan ini didorong oleh tekanan domestik dan luar negera yang semakin memuncak akibat konflik perang perdagangan bersama AS.

Walaupun output kilang dan jualan runcit China pada bulan Jun mengisyaratkan penambahbaikkan, namun sebahagian penganalisis melihat peningkatan tersebut tidak akan bertahan lama.

Selain itu, bank pusat China (PBoC) dijangka akan terus membentang lebih banyak ransangan pada bulan-bulan mendatang bagi meningkatkan perbelanjaan dan pelaburan serta mengembalikan keyakinan para peniaga.

Situasi pasaran kewangan dan rakan-rakan dagangan China terus menjadi perhatian berikutan konflik yang berlanjutan lebih lama telah meningkatkan kos dan membimbangkan pelabur terhadap potensi kemelesetan global.

Sebahagian ahli ekonomi melihat ekonomi akan terus bergerak perlahan sebelum stabil pada pertengahan tahun 2020, oleh itu, pemotongan ratio keperluan rizab atau kadar faedah (RRR) bank amat diperlukan jika Beijing ingin membantu meransang ekonomi untuk tempoh yang lebih lama.

PBoC telah menurunkan enam kali RRR sejak awal tahun 2018 bagi memperbanyakkan dana pinjaman dan dijangka akan menurunkannya sebanyak dua kali sepanjang pertengahan tahun kedua 2019.

Beijing telah mengumumkan ransangan fiskal bagi mengatasi kelembapan pertumbuhan ekonomi, memotong cukai bernilai $2 trillion yuan, dan mengeluarkan bon khusus kerajaan yang bernilai $2.15 trillion yuan untuk mengembangkan pembinaan infrastruktur.

PM China Li Keqiang pula berjanji tidak akan mengejutkan pasaran dengan ransangan besar-besaran dan hanya akan menggunakan penurunan kadar faedah bank dan beberapa alat kewangan yang lain bagi membantu syarikat-syarikat kecil.

COMMENTS

WORDPRESS: 0
DISQUS: