GDP China Dalam Bahaya, Perlaksanaan Baki Tarif Berpotensi Menekan Ekonomi Walaupun Dengan Ransangan Yang Agresif

GDP China Dalam Bahaya, Perlaksanaan Baki Tarif Berpotensi Menekan Ekonomi Walaupun Dengan Ransangan Yang Agresif

Menjelang pengumuman dasar kewangan terkini Fed pada minggu ini dengan jangkaan ransangan akan diperkenalkan semula menerusi 'rate cut', pasaran masi

Preview News Penting Buat EUR, GBP & USD: 04/01/2018
Preview News Penting Buat USD: 28/03/2019

Menjelang pengumuman dasar kewangan terkini Fed pada minggu ini dengan jangkaan ransangan akan diperkenalkan semula menerusi ‘rate cut’, pasaran masih tidak dapat mengenepikan tekanan daripada isu konflik perdagangan yang semakin meruncing.

Penganalisis daripada Morgan Stanley berkata, China dalam bahawa untuk jatuh ke dalam kemelesetan akibat daripada pertumbuhan yang lebih perlahan.

Ketegangan hubungan perdagangan antara dua kuasa besar ini turut memaksa Morgan Stanley untuk menurunkan outlook GDP China bagi suku tahun keempat sebanyak 20 mata asas daripada 6.6% kepada 6.4% dalam unjuran tahun ke tahun.

Selain itu, mereka juga menurunkan unjuran sepanjang tahun 2019 daripada 6.5% kepada 6.4%

Pada suku tahun pertama yang lalu, China mengejutkan pasaran apabila terus memaparkan angka pertumbuhan yang stabil sejak suku tahun kedua 2018.

Namun dengan perang perdagangan yang berlanjutan lebih lama, pertumbuhan kini berpotensi untuk jatuh kembali.

Dan sekiranya rundingan perdagangan tergendala selepas persidangan negara G20, risiko tekanan ke atas pertumbuhan semakin meningkat.

Sebahagian penganalisis melihat jika 25% tarif dikenakan ke atas baki import bernilai $300 billion daripada China, GDP mereka berpotensi susut kepada 6.0% pada tahun ini walaupun dengan rasangan yang agresif.

Trump berkata pada hari Khamis lalu akan memutuskan berkenaan perlaksanaan tarif baru ini 2 minggu selepas persidangan G20.

“Saya akan bertemu dengan Presiden Xi Jinping dan kami akan memerhatikan apakah yang akan berlaku, kami mungkin akan merancang mengenainya selepas G20”, jelas beliau.

COMMENTS

WORDPRESS: 0
DISQUS: