GBPUSD: Ulasan Minggu Lalu Dan Pandangan 18/06-22/06/2018

GBPUSD: Ulasan Minggu Lalu Dan Pandangan 18/06-22/06/2018

Ulasan Minggu Lalu GBPUSD ditutup lemah minggu lemah minggu lepas dengan OHLC W1 dicatat sebagai 1.34104, 1.34468, 1.32103, 1.32792. Faktor utama p

Preview News Penting Buat EUR, NZD & USD: 25/09/2019
Mike Pence Beri Amaran Kepada Pyongyang Jangan Permainkan Presiden Trump

Ulasan Minggu Lalu

GBPUSD ditutup lemah minggu lemah minggu lepas dengan OHLC W1 dicatat sebagai 1.34104, 1.34468, 1.32103, 1.32792. Faktor utama penyusutan GBPUSD adalah keputusan FOMC untuk menaikkan kadar asas semalaman sebanyak 25 mata asas kepada 2.00%. Selain itu, sentimen data berkala daripada AS juga amat positif secara keseluruhannya minggu lepas.

 

Sentimen Pasaran Ringkas

Minggu depan giliran BOE pula untuk bersidang bagi membuat ketetapan kadar faedahnya selepas FOMC, ECB, dan BOJ minggu lepas. Tidak dijangka akan ada perubahan kadar faedah daripada BOE, namun tumpuan sebenar adalah penyata yang akan diterbitkan bersamanya. Jika penyata itu bernada Hawkish GBPUSD berpeluang untuk bergerak lebih tinggi.

 

Cuma 1 data berkala ekonomi berimpak tinggi daripada AS minggu depan iaitu Building Permits yang akan diterbitkan pada hari Selasa jam 8.30 malam waktu Malaysia. Terdapat 5 data berimpak sederhana juga akan diterbitkan di samping 6 yang berimpak kecil. Jika sentimen yang dibawa oleh data-data ini bersifat positif, Dolar berkemungkinan besar akan terus dibeli sepanjang minggu hadapan dan GBPUSD akan menyambung penurunannya minggu lepas.

 

Risiko Pasaran

Untuk 2 Minggu bertutur-turut, sentimen Risk-Off telah pudar daripada pasaran. Dijangka sentimen Risk On masih berterusan minggu hadapan kecuali berita-berita Trade War yang mungkin akan dicetuskan Trump.

 

Teknikal Ringkas Minggu Hadapan

Melihat di D1, jelas kelihatan GBPUSD telah membuat Breakout pada 1 Trendline seperti yang digambarkan dalam rajah. Dijangkakan GBPUSD akan terus meneruskan perjalanan ke selatan pada minggu-minggu seterusnya selepas membuat pembetulan pasaran. Sebarang kenaikan mungkin akan singgah di SBR 1.33370, 1.34570, dan 1.36120. RBS terdahulu pula adalah di 1.30700. Sekiranya benteng 1.30700 ditembusi, GBPUSD dijangkakan akan terus meleleh lagi. Selagi di D1 harga tidak ditutup di bawah paras 1.37500, GBPUSD masih ada sedikit peluang untuk meningkat lebih tinggi.

COMMENTS

WORDPRESS: 0
DISQUS: