GBP/USD Telah Jatuh Lebih 500 Pips Pada Bulan Mei, UK Brexit Atau May ‘Exit’?

GBP/USD Telah Jatuh Lebih 500 Pips Pada Bulan Mei, UK Brexit Atau May ‘Exit’?

Tempoh Theresa May menyandang jawatan Perdana Menteri UK semakin menghampiri garisan penamat. Ahli parti Konservatif tidak berpuas hati dengan kep

Susut 3 Minggu Berturut-turut, USD Perlukan Fed Sebagai Penyelamat
Preview News Penting Buat EUR & USD: 12/09/2019

Tempoh Theresa May menyandang jawatan Perdana Menteri UK semakin menghampiri garisan penamat.

Ahli parti Konservatif tidak berpuas hati dengan kepimipan May dan tindakan beliau membentangkan cadangan Brexit yang baru telah mengundang lebih banyak reaksi yang negatif.

Dalam perjanjian tersebut, PM May telah membuka pintu untuk diadakan referendum EU yang kedua serta menerima kesatuan kastam.

Kedua-dua cadangan ini ditolak hebat oleh para pendukung Brexit terutamanya mereka yang cenderung untuk keluar tanpa sebarang perjanjian.

Kini beliau cuba untuk menerbitkan lagi Bill Perjanjian Peralihan yang baru pada hari Jumaat, sehari selepas pilihan raya parlimen EU berlansung di UK.

Menurut perancangan yang asal, UK tidak akan terlibat dengan pilihan raya tersebut dan telahpun keluar daripada EU.

Namun kegagalan bill Brexit diluluskan, parti Konservatif UK dan juga pihak pembangkang daripada parti Labour terpaksa menyertai pilihan raya tersebut dan dijangka akan mengalami kekalahan yang teruk apabila keputusan diumumkan pada hari Ahad hadapan.

Pound telah mengalami kerugian yang besar sejak 6 Mei yang lalu apabila keyakinan pelabur ditekan oleh ketidakstabilan politik dan kebimbangan terhadap mereka yang akan dilantik sebagai pengganti May.

Kini terdapat laporan yang mengatakan bahawa lebih banyak menteri akan mula melepaskan jawatan mereka, oleh itu tekanan dan gesaan untuk May keluar daripada pejabatnya akan terus meningkat.

Pengunduran lebih 500 pips GBP/USD daripada 1.3114 sejak tiga minggu yang lepas walau bagaimanapun tergendala di garisan support 1.2605, diselamatkan oleh kejatuhan hasil bon AS yang telah mengakibatkan penyusutan dollar pada sesi dagangan AS.

GBP/USD setakat jam 12.30 malam didagang sekitar 1.2675, kembali menghampiri paras tertinggi harian dan mengekalkan pergerakan bervolatiliti tinggi.

COMMENTS

WORDPRESS: 0
DISQUS: