GBP/USD: Tandatangan Ratu & Undian Semula Di Parlimen, Yang Mana Lebih Dominan?

GBP/USD: Tandatangan Ratu & Undian Semula Di Parlimen, Yang Mana Lebih Dominan?

Pasangan matawang GBP/USD berundur menjelang perkembangan terkini parlimen UK sama ada akan diadakan undian semula di parlimen atau mengesahkan secar

Preview News Penting Buat AUD, EUR & GBP: 18/10/2018
Euro Menuju Peningkatan Mingguan Terbesar Sejak Empat Bulan Yang Lalu

Pasangan matawang GBP/USD berundur menjelang perkembangan terkini parlimen UK sama ada akan diadakan undian semula di parlimen atau mengesahkan secara rasmi bahawa hard Brexit dapat dielakkan.

Pada hujung minggu yang lalu, dewan Senat UK ataupun dikenali sebagai House Of Lords telah meluluskan satu rang undang-undang baru yang dapat mengelak daripada berlakunya hard Brexit pada bulan Oktober hadapan.

Cadangan untuk melanjutkan tiga bulan daripada tarikh akhir Brexit kini sedang menantikan kelulusan daripada Ratu UK untuk dijadikan sebagai undang-undang rasmi.

Walau bagaimanapun, ancaman PM UK Boris Johnson untuk mengadakan semula undian di Dewan Rakyat (House of Commons) berkenaan pilihan raya yang lebih awal (snap election) terus menarik perhatian para pelabur terhadap senario dan perkembangan politik di UK.

Johnson akan ke Dublin pada hari ini bagi meyakinkan PM Irish, Taoiseach Leo Varadkar tentang perjanjian backstop terhadap isu sempadan Irish.

Walaupun masih banyak isu yang perlu dibincangkan, rundingan antara pembuat dasar UK dan Irish masih berjalan dengan baik terutamanya selepas PM Boris mencadangkan satu pengawalseliaan dilakukan di kawasan sempadan utara dan selatan bagi kemasukan makanan dan bahan pertanian.

Selain daripada isu politik, hari Isnin juga memperlihatkan beberapa barisan data ekonomi utama daripada UK seperti bacaan GDP bulan Julai serta data pengeluaran industri dan pembuatan yang dilihat mampu memberi ransangan kepada pergerakan pound.

Sehingga jam 2.30 petang, GBP/USD didagang sekitar 1.2264, susut 0.14%. Garisan EMA 50-hari 1.2310 dan garisan trend menaik sejak 31 Julai sekitar 1.2340 menjadi resistance penting yang terhampir bagi GBP/USD. Manakala pullback GBP/USd akan memerhatikan zon support yang berada di antara harga 1.2210/15.

COMMENTS

WORDPRESS: 0
DISQUS: