GBP/USD Naik Melepasi Paras Psikologi 1.3000, Didorong Oleh Keyakinan Bahawa Majoriti Masih Berpihak Kepada Parti Konservatif

GBP/USD Naik Melepasi Paras Psikologi 1.3000, Didorong Oleh Keyakinan Bahawa Majoriti Masih Berpihak Kepada Parti Konservatif

Permintaan pound mengukuh pada hari Selasa yang lalu didorong oleh hasil tinjauan terbaru yang menunjukkan parti Konservatif terus menguasai majoriti

Pertempuran Antara Tentera Kurdish Dan Iraq Di Kirkuk Mempengaruhi Harga Minyak
Sesi Dagangan Asia Risk-Off

Permintaan pound mengukuh pada hari Selasa yang lalu didorong oleh hasil tinjauan terbaru yang menunjukkan parti Konservatif terus menguasai majoriti undian menjelang pilihan raya umum pada 12 Disember hadapan.

Selain itu, gelombang penjualan dollar AS yang baru turut membantu pasangan matawang GBP/USD untuk terus mara melepasi paras psikologi utama 1.3000 pada hari Rabu.

Sehingga jam 7 petang, GBP/USD didagang sekitar 1.3044, naik 50 pips atau 0.40%

Tekanan penjualan greenback semakin kuat apabila Trump menyatakan bahawa perjanjian perdagangan fasa pertama bersama China berkemungkinan akan dilanjutkan selepas pilihan raya Presiden tahun 2020.

Selain itu, hubungan antara AS dan China juga semakin mengeruh apabila kongres Amerika meluluskan bill undang-udang baru yang mengkritik penahanan besar-besaran etnik Muslim di Ughyur serta menggesa untuk dikenakan sekatan ke atas pegawai yang bertanggungjawab.

Bill tersebut diluluskan seminggu selepas Trump menandatangani secara rasmi satu rang undang-undang yang menyokong pihak penunjuk perasaan pro-demokrasi di Hong Kong.

Menjawab keputusan tersebut, China memberi amaran akan lebih tegas membalas campur tangan AS terhadap isu-isu di atas, sekali gus berpotensi menambahkan ketegangan hubungan antara dua kuasa besar ekonomi AS dan China.

Fokus pelabur kini beralih kepada angka pertumbuhan pekerjaan sektor swasta menerusi ADP dan bacaan terkini PMI Perkhidmatan hasil tinjauan ISM yang dilihat berpotensi mempengaruhi dinamik pergerakan dollar disamping membuka peluang bagi dagangan yang lebih signfikan.

COMMENTS

WORDPRESS: 0
DISQUS: