GBP/USD Merosot Ke Paras Terendah Tahunan Yang Baru, Ekonomi UK Mengucup Pertama Kali Sejak Tahun 2012

GBP/USD Merosot Ke Paras Terendah Tahunan Yang Baru, Ekonomi UK Mengucup Pertama Kali Sejak Tahun 2012

Risiko kemelesetan semakin menyerlah apabila ekonomi UK mengucup buat kali pertama sejak tahun 2012, dengan bacaan awal GDP susut -0.2% pada suku tah

Ulasan Ringkas Penyata Kewangan Bank of England, BOE
Pertemuan Penting OPEC Hari Ini Meransang Kenaikkan Harga Minyak

Risiko kemelesetan semakin menyerlah apabila ekonomi UK mengucup buat kali pertama sejak tahun 2012, dengan bacaan awal GDP susut -0.2% pada suku tahun kedua (Q2).

Antara faktor yang menjadi pendorong adalah kejatuhan pengeluaran industri dan pembuatan ke paras 1.4% (YoY) pada bulan Mei yang menjadi salah satu nadi utama kepada ekonomi.

Kejatuhan angka pertumbuhan yang berlaku selepas melaporkan peningkatan 0.5% pada Q1 telah mengeruhkan lagi harapan untuk melihat perubahan yang positif selepas tarikh asal Brexit (29 Mac) dilajutka 31 Oktober.

GBP/USD kembali merosot sehingga mencatat paras terendah tahun 2019 yang baru , didagang sekitar 1.2077 setakat jam 9.30 malam.

Bacaan awal yang dikeluarkan dilihat mengalihkan sementara fokus pelabur daripada perkembangan politik UK.

Sidang akhbar kini sedang berspekulasi dengan tidakan yang akan diambil oleh PM Boris Johnson sekiranya beliau kehilangan sokongan di parlimen.

Johnson dan Dominic Cummings yang menjadi tulang belakang kepada kempen ‘Vote Leave’ berkemungkinan akan mempertimbangkan perubahan struktur parlimen melalui pilihan raya selepas Brexit.

Malah sebahagian penganalisis melihat pilihan raya tersebut berkemungkinan dijalankan sehari selepas Brexit diumumkan secara rasmi pada 31 Oktober.

Tambahan pula, greenback masih lagi lemah selari dengan pengunduran hasil bon AS, yang mana mencerminkan potensi untuk Fed mengumumkan rate cut kedua pada bulan hadapan.

Keluarnya laporan GDP UK daripada barisan data hari ini, perkembangan politik di UK dan AS kemabli menjadi fokus utama para pelabur pound.

COMMENTS

WORDPRESS: 0
DISQUS: