GBP/USD Meroket Lagi, Apakah Peluang Membeli Masih Terbuka?

GBP/USD Meroket Lagi, Apakah Peluang Membeli Masih Terbuka?

Pasaran lega dengan keputusan UK untuk tidak keluar daripada Kesatuan Eropah tanpa sebarang perjanjian. Sejak pertemuan dua hari yang lalu, parlim

Preview RBA Rate: Beli Aussie (AUD) Pilihan Yang Tepat?
Goldman: Komoditi Hitam Berdepan Votaliti Tinggi Minggu Hadapan

Pasaran lega dengan keputusan UK untuk tidak keluar daripada Kesatuan Eropah tanpa sebarang perjanjian.

Sejak pertemuan dua hari yang lalu, parlimen UK telah menolak usul perjanjian Brexit May dan juga menolak usul untuk keluar daripada EU tanpa sebarang perjanjian.

Namun begitu, May enggan mengaku kalah dan mengatakan bahawa ‘no-deal’ Brexit tetap dijalankan jika tiada sebarang perjanjian dapat dilakukan.

Berlatar belakangkan pendirian tersebut, May tidak mempunyai pilihan lain selain melanjutkan Article 50 sehingga bulan Mei dan jika beliau gagal mendapatkannya, undian pada hari ini akan menjadi penentu kepada masa depan Brexit.

GBP/USD meroket naik lebih 300 pips pada hari Rabu sementara EUR/GBP susut ke paras terendah tahunan yang baru.

Risiko terhadap no-deal Brexit telah membimbangkan bank pusat dan para pelabur sejak beberapa bulan yang lalu, akan tetapi apabila pilihan ini berjaya diketepikan, ekonomi UK tidak lagi berada dalam risiko pengucupan yang besar.

Malah pertumbuhan dilihat hanya akan bergerak pada kadar yang lebih perlahan sehingga UK keluar daripada EU dan berjaya mengikat perjanjian perdagangan yang menguntungkan bersama negara-negara lain.

Pound kini bakal berhadap satu lagi halangan yang hebat iaitu tempoh penangguhan Article 50 yang akan diumumkan, sama ada dua bulan ataupun dua tahun.

Berdasarkan komen Suruhanjaya Eropah, mereka terbuka untuk menangguhkan tarikh tersebut melebih setahun namun PM May sehingga kini menolak untuk membuat permohonan tersebut, oleh itu tempoh lanjutan yang lebih pendek mungkin akan menjadi pilihan beliau.

Pilihan masih belum jelas, permohonan untuk melanjutkan tarikh peralihan melebihi satu tahun dijamin oleh EU, sekali gus menyebabkan pilihan penangguhan selama dua bulan tidak menjadi pilihan utama.

Walau bagaimanapun, jika May mengemukakan permohonan ini dan diterima oleh Suruhanjaya Eropah, GBP/USD berpotensi naik ke paras 1.3500

Pasaran kewangan lain turut mengambil manfaat daripada undian Brexit dengan saham ekuiti terus melonjak tinggi.

COMMENTS

WORDPRESS: 0
DISQUS: