GBP/USD Berjaya Tembusi Paras Rintangan ‘Brexit’

GBP/USD Berjaya Tembusi Paras Rintangan ‘Brexit’

Pasaran masih bimbang dengan peningkatan pasangan matawang GBP/USD yang hanya semata-mata didorong oleh kejatuhan mendadak dolar pada minggu lalu, men

Pilihanraya Perancis : Ulangan Brexit Dan Pilihanraya AS?
Apakah Pelabur Akan Terus Membeli USD?

Pasaran masih bimbang dengan peningkatan pasangan matawang GBP/USD yang hanya semata-mata didorong oleh kejatuhan mendadak dolar pada minggu lalu, menolak harga naik ke paras tertinggi sejak hari undian Brexit.

Faktor pengukuhan mungkin dibantu oleh laporan yang mengatakan sokongan Sepanyol dan Belanda terhadap ‘soft’ Brexit yang akan menyebabkan pertalian antara Britian dengan negara Eropah yang lain kekal utuh.

Walau bagaimanapun, isu-isu ini tidak berjaya mengalih perhatian pelabur terhadap kelemahan dolar yang didorong oleh spekulasi negara China menarik diri atau mengurangkan pembelian aset kewangan Amerika Syarikat tidak lama lagi.

Namun begitu, fundemental UK tidak begitu memberansangkan dengan defisit perdagangan UK semakin mengembang, data-data perbelanjaan semakin perlahan serta laporan BOE mengatakan mereka sedang mengalami situasi hutang yang teruk.

Tumpuan pelabur untuk pound pada minggu ini adalah terhadap laporan inflasi UK serta data jualan runcit pada hari Jumaat.

GBP/USD kini didagang pada paras 1.3770, naik 44 pips atau 0.32%. Berikut merupakan perubahan pound berbanding matawang lain pada hari Isnin setakat jam 8.35 malam.

COMMENTS

WORDPRESS: 0
DISQUS: