GBP Meroket Dengan Pelantikan Rishi Sunak Sebagai Menteri Kewangan UK Yang Baru

GBP Meroket Dengan Pelantikan Rishi Sunak Sebagai Menteri Kewangan UK Yang Baru

Pasangan matawang GBP/USD menemui tarikan yang positif selepas harga jatuh ke pertengahan 1.2900 dan kini telah melonjak ke zon positif empat sesi da

GBP/USD Di Paras Tertinggi 14 Minggu Yang Lalu, Apakah Berpeluang Membeli Pound?
USD Indeks: Pandangan Minggu Hadapan 30 Januari – 03 Febuari 2017

Pasangan matawang GBP/USD menemui tarikan yang positif selepas harga jatuh ke pertengahan 1.2900 dan kini telah melonjak ke zon positif empat sesi dagangan berturut-turut.

Pada awalnya, keputusan Sajid Javid melepaskan jawatan Canselor Exchequer atau menteri kewangan UK telah mengakibatkan tekanan ke atas pound.

Namun kejatuhan hanya bersifat sementara, bahkan menarik pembelian dari bawah yang lebih agresif selepas kerajaan UK mengesahkan ketua setiausaha perbendeharaan UK, Rishi Sunak dilantik sebagai Menteri Kewangan yang baru.

Sehingga jam 11 malam, GBP/USD didagang ekitar 1.3045, melepasi halangan kritikal 1.30 dan naik hampir 100 pips daripada paras terendah 1.2945.

Pasaran kini sedang memerhatikan apakah lonjakan ini benar-benar didorong oleh pembelian atau hanya dipandu oleh spekulator berikutan kewujudan risiko no-deal Brexit masih menjadi isu utama.

COMMENTS

WORDPRESS: 0
DISQUS: