GBP Kembali Mengukuh, Apakah Jawapan Sebenar ‘Brexit’?

GBP Kembali Mengukuh, Apakah Jawapan Sebenar ‘Brexit’?

Pound Sterling (GBP) kembali didagang tinggi berbanding matawang utama yang lain pada hari Rabu berikutan pasaran kini meletak harapan yang tinggi ba

Euro VS Dolar: Ulasan Minggu Lalu Dan Pandangan 10/07-14/07/2017
Preview FOMC: USD Akan Terus Mendominasi Pasaran?

Pound Sterling (GBP) kembali didagang tinggi berbanding matawang utama yang lain pada hari Rabu berikutan pasaran kini meletak harapan yang tinggi bahawa Brexit mungkin akan ditangguhkan, malah mungkin juga dimansuhkan.

GBP/USD didagang sekitar 1.3140, naik 0.51% atau 66 pips setakat jam 6.15 petang.

Usul Perjanjian Brexit yang kedua sekali lagi ditolak oleh majorit ahli parlimen dengan undian 242 berbalas 391 pada hari Selasa yang lalu.

Dan seperti yang dimaklumkan oleh PM May, pada hari ini akan dibentangkan satu lagi usul iaitu undian ‘no-deal’ Brexit.

Para penganalisis lebih cenderung kepada penolakan majoriti ahli parlimen terhadap usul peralihan tanpa sebarang perjanjian, sekali gus membuka peluang untuk mereka memilih salah satu alternatif daripada soft Brexit.

Sekiranya penolakan terhadap hard Brexit benar-benar berlaku, satu lagi sesi undian bagi soft Brexit akan dibentangkan pada hari Khamis dan beberapa pilihan juga mungkin akan diperbahaskan.

Antara pilihan tersebut termasuklah lanjutan tempoh Article 50 (tarikh akhir peralihan pada 29 Mac) sehingga bulan Mei, pembatalan Article 50, pilihan raya semula ataupun pengumuman referendum kedua.

Namun begitu, seperti yang dikatakan oleh Perunding EU Michel Barnier, risiko untuk pasaran dikejutkan dengan keputusan ‘no-deal’ Brexit masih ada.

“EU telah melakukan sedaya mungkin untuk membantu supaya Perjanjian Peralihan diterima. Kebuntuan yang ada hanya boleh diselesaikan di UK. Sekarang persediaan kami menghadapi ‘no-deal’ adalah lebih penting berbanding sebelumnya”, jelas Barnier.

COMMENTS

WORDPRESS: 0
DISQUS: