Gagal Untuk Kekal Di Atas $0.7100, Apakah Arah Tuju AUD/USD Selepas Ini?

Gagal Untuk Kekal Di Atas $0.7100, Apakah Arah Tuju AUD/USD Selepas Ini?

Pasangan matawang gagal mempertahankan kedudukan di atas 0.71 pada hari Selasa dan telah merekodkan penurunan ke paras terendah Februari 2016 sekitar

Preview News Penting Buat EUR, USD & CAD: 31/05/2019
Dollar Kekal Positif Menjelang Laporan Indeks PCE Teras

Pasangan matawang gagal mempertahankan kedudukan di atas 0.71 pada hari Selasa dan telah merekodkan penurunan ke paras terendah Februari 2016 sekitar harga 0.7085.

Pada awal sesi dagangan Asia hari ini, indeks keyakinan perniagaan Bank Negara Australia (NAB) bagi bulan Ogos jatuh daripada 7 kepada 4 mata, lebih rendah daripada jangkaan pasaran yang melihat peningkatan sekitar 5 mata.

Walaupun pasaran tidak menunjukkan reaksi yang ketara, namun AUD kemudian ditekan oleh laporan yang mengatakan China telah memohon kebenaran daripada WTO untuk mengenakan sekatan sebagai tindak balas ke atas ancaman tarif Amerika Syarikat bermula minggu hadapan.

Perkembangan ini turut memberi impak yang negatif kepada komoditi dan pasaran hadapan tembaga yang mana kedua-duanya menyusut lebih 1% pada hari ini, sekali gus memberi tekanan kepada dollar Aussie.

AUD/USD kini didagang sekitar 0.7087, susut -0.39% setakat jam 10.35 malam. Fokus pelabur terhadap perkembangan fundamental di Australia kini tertumpu kepada data pekerjaan yang akan dikeluarkan pada 13 September hari Khamis.

Secara teknikal, support terhampir AUD/USD berada di paras 0.7060 (S1). Kemudian diikuti paras psikologi 0.7000 (S2) dan 0.6970 (S3).

Resistance pula berada pada garisan 0.7130 (R1) yang merupakan paras tertinggi hari Isnin, 0.7190 (R2) dan 0.7240 (R3).

COMMENTS

WORDPRESS: 0
DISQUS: