Fundamental Yang Kukuh Kekal Menjadi Sandaran Kepada Positif Dollar

Fundamental Yang Kukuh Kekal Menjadi Sandaran Kepada Positif Dollar

Indeks USD masih bergerak mengikuti trend keinginan risiko (risk-appetite) pasaran sementara tajuk-tajuk berkenaan perdagangan AS-China dan AS-EU ter

Rate Hike Fed Dibimbangi Oleh Negara-Negara Membangun Termasuk Malaysia
GBPUSD: Ulasan Minggu Lalu Dan Pandangan 18/06-22/06/2018

Indeks USD masih bergerak mengikuti trend keinginan risiko (risk-appetite) pasaran sementara tajuk-tajuk berkenaan perdagangan AS-China dan AS-EU terus mempengaruhi price action pada minggu ini.

Walaupun minit FOMC menunjukkan majoriti ahli mengesahkan tentang ketiadaan rate hike pada tahun ini, namun beberapa pandangan yang berbeza menunjukkan pendirian yang lebih neutral pada pertemuan selanjutnya.

Secara keseluruhan, positif greenback masih bersandar dengan fundamental AS yang kukuh dan kedudukannya sebagai matawang safe haven serta perbezaan hasil bon yang lebih baik berbanding matawang global yang lain.

Kritikan Trump ke atas dasar kewangan Fed pada hujung minggu lalu turut menunjukkan bahawa prospek-prospek untuk bank pusat masuk semula ke dalam kitaran pengetatan telah kembali.

Oleh itu, prospek dasar kewangan yang lebih bullish berbanding dengan perubahan dovish yang dilakukan oleh bank pusat G10 yang lain dilihat dapat menghalang ‘bearish’ dollar daripada melakukan sebarang kejutan yang mendadak pada ketika ini.

Sehingga jam 2.55 petang, indeks USD yang mengukur kekuatan greenback berbanding enam matawang lain masih bergerak mendatar, berada sekitar paras 96.91 mata

COMMENTS

WORDPRESS: 0
DISQUS: