Fokus FOMC Awal Pagi Nanti

Fokus FOMC Awal Pagi Nanti

Jika merujuk kepada pandangan kebanyakan penganalisa ekonomi mereka berpendapat bahawa Fed sudah selesai dengan kenaikan kadar faedah mereka bagi tah

Hawkish Hike? Ucapan Powell Lonjakkan USD
Hawkish Fed, Tapi USD Lemah – Ini Sebabnya!

Jika merujuk kepada pandangan kebanyakan penganalisa ekonomi mereka berpendapat bahawa Fed sudah selesai dengan kenaikan kadar faedah mereka bagi tahun ini dengan kebarangkalian 22% pemotongan kadar faedah pada akhir tahun. Rata-rata ucapan dari kalangan ahli Fed kebelakangan ini menjurus kepada 0-1 kenaikan sahaja pada tahun ini.

Justeru itu, ucapan Powell pada awal pagi nanti jam 2.30 pagi waktu tempatan adalah tersangat penting disamping Penyata Dasar Kewangan Fed dan Unjuran Ekonomi FOMC yang bakal diterbitkan sebelum itu. Dasar dan ucapan Powell ini bakal menentukan reaksi pelabur dan pemain dalam pasaran berbanding keputusan kadar faedah itu sendiri.

Ahli ekonomi juga menjangkakan FOMC akan mengumumkan jangka masa bila mereka akan menghentikan proses pengecutan penyata imbangan apabila sekuriti perbendaharaan dan sekuriti yang disokong gadai janji yang dimilikinya matang. Mereka melihat tarikh akhir berkemungkinan pada sukuan keempat, di mana penyata imbangan Fed akan menjadi sekitar $3.5 trilion berbanding dengan kemuncak pasca krisis sebanyak $4.5 trilion.

Sementara perbincangan perdagangan antara AS-China masih lagi tidak menemui suatu kepastian, Indeks Dolar AS dan Indeks Dow Jones terus ditekan pada hari ini. Ia berikutan tindakan pemain pasaran untuk “tunggu dan lihat” dan tidak cuba untuk mengambil risiko besar sebelum pengumuman Fed pada awal pagi nanti.

COMMENTS

WORDPRESS: 0
DISQUS: