Fed Tidak Tergesa-gesa Untuk Mengubah Dasar & Trump Tidak Mempunyai Kuasa Memecat Powell

Fed Tidak Tergesa-gesa Untuk Mengubah Dasar & Trump Tidak Mempunyai Kuasa Memecat Powell

Pengerusi Fed Jerome Powell pada awal pagi Isnin waktu Malaysia mengatakan bahawa Federal Reserve tidak dalam keadaan tergesa-gesa untuk mengubah das

Preview News Penting Buat EUR, USD & CAD: 30/08/2018
Jangkaan ECB Untuk Mula Menurunkan Kadar Faedah Menghadkan Pendakian EUR/USD

Pengerusi Fed Jerome Powell pada awal pagi Isnin waktu Malaysia mengatakan bahawa Federal Reserve tidak dalam keadaan tergesa-gesa untuk mengubah dasar kewangan mereka.

Pendirian ini diperjelaskan kerana bank pusat sedang meneliti sejauh mana kelembapan ekonomi global memberi impak ke atas situasi domestik di Amerika Syarikat.

“Kadar pada masa ini adalah sesuai”, kata Powell dalam sesi wawancara bersama rancangan berita CBS 60 Minutes.

Kesesuaian kadar faedah yang juga dikenali sebagai kadar neutral dimana tidak memberi ransangan mahupun memberi tekanan kepada ekonomi.

Temu bual Powell turut menyentuh beberapa isu yang berbeza seperti tahap kesihatan sistem kewangan, impak wabak opiod kepada tenaga kerja dan juga kritikan agresif Trump terhadap peningkatan kadar faedah bank pusat.

Berkaitan isu kritikan Presiden, menurut Powell, Trump dari sudut undang-undang tidak mempunyai kuasa untuk memecat beliau atas konflik tersebut.

Kenyataan Powell ini telah menyebabkan dollar gagal untuk meneruskan momentum menaik yang telah direkodkan sepanjang minggu lalu.

Walaupun data jualan runcit AS yang lebih baik tidak meninggalkan impak yang signifikan ke atas pergerakan dollar, namun tetap berjaya menghadkan penurunan dollar akibat daripada pemulihan mendadak pound pada malam ini.

Pound melonjak naik selepas kerajaan UK menafikan laporan akan ditangguhkan undian perjanjian Brexit di parlimen esok, sekali gus menyebabkan indeks USD kembali mendatar di paras 97.30 mata.

COMMENTS

WORDPRESS: 0
DISQUS: