SIRI SEMINAR FOREX DIBAWA KHAS OLEH XM MALAYSIA

Teknik Pertindihan dalam Dagangan Forex XM menjemput semua pelanggan untuk menghadiri seminar percuma yang diadakan di beberapa lokasi be

SELL USD/JPY 125.43 TP1 115.00 TP2 114.65 STOPLOSS 115.75
BUY GOLDS 1234.81 TP1 1237.00 TP2 1241.00 TP3 1245.00 STOPLOSS 1227.00

Event Details


Teknik Pertindihan dalam Dagangan Forex

XM menjemput semua pelanggan untuk menghadiri seminar percuma yang diadakan di beberapa lokasi berbeza di Malaysia dan mempelajari teknik pertindihan yang digunakan dalam dagangan forex la ni.

Sebagai gabungan strategi berbeza yang dapat membentuk satu strategi yang efektif, pertindihan membantu pedagang atas talian menyesuaikannya secara fleksible untuk memenuhi tuntutan pengurusan risiko serta matlamat dagangan mereka.

Seminar ini dibina berasaskan komponen-komponen penting dalam membentuk proses dagangan: fasa ilmu, fasa analisis, fasa pelaksanaan dan fasa ulangkaji. Dengan contoh-contoh yang praktikal, para peserta berpeluang untuk mendapatkan gambaran keseluruhan pasaran global dan memahami faktor yang mempengaruhi perubahan harga. Seterusnya, beberapa teknik akan ditunjukkan yang berguna dalam mengenalpasti pasangan mata wang yang optimum untuk didagangkan, juga menilai trend pasaran dan mengetahui waktu terbaik untuk dagangan forex.

Analisis teknikal akan diberi penekanan khusus sepanjang seminar termasuk penggunaan carta dan indikator untuk mengenalpasti peluang yang ada.

Sesi PagiPeserta akan belajar tentang fasa ilmu, s.c. mengenali asas-asas analisis teknikal, analisis fundamental, pengurusan risiko dan psikologi dagangan.

Sesi PetangDalam sesi ini, langkah yang paling penting dalam pelan dagangan akan ditunjukkan iaitu bagaimana untuk membina, melaksanakan dan melakukan ulangkaji apabila suatu dagangan telah ditutup.

 

Hasil Pembelajaran
  • Mendapatkan gambaran keseluruhan tentang pasaran forex dan memahami trend pasaran
  • Memahami proses dagangan atas talian
  • Menggunakan peraturan utama dari psikologi dagangan
  • Belajar menggunakan set kemahiran dagangan
  • Membina pelan dagangan individu

Tarikh : 22 April 2017
Masa : 09:00 – 17:00
Tempat : Hotel Grandis Sabah
Alamat : Suria Sabah Shopping Mall, 1, Jalan Tun Fuad Stephen, Kota Kinabalu, 88000 Kota Kinabalu, Sabah, Malaysia

 Instruktor : Zulle Razaks

Siri Seminar XM Malaysia| Seminar Forex di Malaysia

Newer Post
Older Post

COMMENTS