EURUSD

EURUSD

Salam semua, Untuk 1 minggu mendatang, saya nak kongsikan analisa pair EURUSD dari TF Weekly, Daily & H4. Salah satu faktor yang utam

My Fundamental VIEWS : GOLD : 19.06.2017
Analisa Teknikal EurUsd 04/02/2019

Salam semua,

Untuk 1 minggu mendatang, saya nak kongsikan analisa pair EURUSD dari TF Weekly, Daily & H4.

Salah satu faktor yang utama dalam mencari pair yang sesuai pada awal setiap minggu ialah
kita fokus pada TF Weekly & Daily.
Dalam keadaan Uptrend, perlu pastikan Candle di Weekly & Daily berada di atas MID BB. Jika ia selari bermaksud bacaan untuk BUY adalah terbaek dan risiko yang minima.
Gunakan TF H4 untuk mencari entry BUY bila candle juga berada di atas MID BB.

TF Weekly (Rujuk Chart Weekly)

Candle masih bersusun berada di atas MID BB & rapat dengan Top BB menandakan Uptrend masih kuat.
Manakala garisan EMA50 masih rapat di bawah MID BB juga menceritakan perjalanan Uptrend yang kukuh.
Apabila nanti garisan EMA50 mula dilihat rapat dengan LOW BB berbanding MID BB. Itu tanda awal
Uptrend di Weekly berada di penghujung.
Pastinya ini akan memakan masa yang berminggu-minggu lamanya.
Setiap trader WAJIB ada kesabaran untuk menantikan saat itu.

TF Daily (Rujuk Chart Daily)

Garisan Low BB rapat dan hampir menyentuh garisan EMA50 menandakan Zon Retrace di Daily bermula.
Trend masih lagi kukuh untuk teruskan BUY selagi semua candle berada di atas garisan EMA50.

TF H4 (Rujuk Chart H4)

Jatuhan yang muncul sebelum ini telah membuat bacaan Extreme SELL dan dengan munculnya
Extreme BUY berjaya matikan perjalanan jatuhan
Extreme SELL.
Selepas itu muncul bacaan yang sememangnya menjadi SOP (Standard Operating Procedure) BBMA,
iatu Arah Kukuh BUY, Reentry BUY, Momentum BUY.
Selepas ini kita tunggu pula bacaan Reentry BUY dan kenaikkan ini berterusan Valid di H4
selagi candle masih berada di atas MID BB.

Di sini saya sertakan juga entry BUY yang saya buat sejak minggu lalu.
Ada yang bertanya di mana nak TP.
Seikhlasnya, perkara yang paling UTAMA ialah di mana kita perlu entry.
Jika kita selalu silap meletakkan entry, sampai bila pun kita sukar nak dapatkan TP yang terbaek.

Jika ada yang bertanya juga ,
DI MANA TP
MUDAH JER
ABC (ASAL BIRU CLOSE)

JADILAH TRADER YANG RAJIN BUAT HOMEWORK
BUKAN NAK DISUAP SELALU !!!

Bagi trader yang berhajat dapatkan Analisa berterusan sepanjang Minggu , sila hubungi partner saya,

Tn Roslee (012-625 2011)

COMMENTS

WORDPRESS: 1
  • comment-avatar

    Skrg extrem sell di h4 dh keluar. nk close buy ke perlu tggu setup yg mcm mana ye sblm close?tq tuan.

  • DISQUS: