Euro VS Dolar: Ulasan Minggu Lalu Dan Pandangan 29/05-02/06/2017

Euro VS Dolar: Ulasan Minggu Lalu Dan Pandangan 29/05-02/06/2017

Ulasan Minggu Lalu EURUSD seolah-olah hilang momentum Bullish minggu lepas dengan pembentukan CSP Pinbar di W1. OHLC W1 tercatat sebagai 1.11949, 1

USD Indeks: Ulasan Minggu Lalu dan Pandangan Minggu Hadapan 06/03-10/03/2017
Dolar VS Yen: Ulasan Minggu Lalu Dan Pandangan 06 – 10 Febuari 2017

Ulasan Minggu Lalu

EURUSD seolah-olah hilang momentum Bullish minggu lepas dengan pembentukan CSP Pinbar di W1. OHLC W1 tercatat sebagai 1.11949, 1.12675, 1.11598, 1.11782. Kehilangan momentum belian EURUSD ini mungkin disebabkan kurangnya data berkala makroekonomi daripada Eurozone. New High terkini bagi 2017 adalah dicatatkan pada paras 1.12675 yang dicatatkan pada 23/05/2017.

 

Fundamental Ringkas Minggu Hadapan

Minggu hadapan langsung tiada data berkala makroekonomi daripada Eurozone, namun 8 dara berskala sederhana bermula Isnin hingga Jumaat boleh menggerakkan harga EURUSD kepada New High terbaru 2017 jika sentimen dibawa data-data tersebut secara keseluruhannya amat baik daripada jangkaan. Presiden ECB dijadualkan berucap bersempena Economic and Monetary Affairs Committee di Belgium pada jam 9.00 malam waktu Malaysia. Ucapan Draghi ini seperti kebiasaan akan menjadi tumpuan dan memberikan sedikti ketidaktentuan dalam pasaran mata wang.

 

Minggu hadapan merupakan minggu NFP daripada AS. Pada Jumaat jam 8.30 malam waktu Malaysia, data NFP bersama Data Purata Gaji per Jam dan Kadar Tidak Bekerja akan diterbitkan. Sentimen positif daripada data NDP ini sudah semestinya akan membuatkan Dolar mengukuh dan EURUSD boleh bergerak ke harga lebih rendah. Selain Jumaat NFP, Selasa dan Khamis juga akan menyaksikan terbitan data berkala makroekonomi berimpak tinggi daripada AS iaitu CB Consumer Confidence, ADP Non-Farm Employment Change, dan ISM Manufacturing PMI. Kebiasaannya data ADP-NFP boleh memberikan bayangan awal data NFP hari Jumaat nanti. Bank di AS akan bercuti pada hari Isnin bersempena Memorial Day.

 

Risiko Pasaran

Ketidaktentuan politik daripada AS sejak beberapa minggu lalu yang dicetuskan Trump telah masih menghantui pasaran. Pasaran juga masih dalam keadaan tunggu dan lihat sementara menantikan keputusan kenaikan kadar faedah daripada FOMC kelak.

 

Teknikal Ringkas Minggu Hadapan

Harga penutupan pasaran EURUSD minggu lalu telah tutup di bawah paras 88.6 Fibonachi Retracement bagi kejatuhan bermula 09/11/2016 hinggalah 03/01/2017. Indikator Stochactics di D1 dan W1 sudah menunjukkan Crossing Down dan ini mungkin membawa makna EURUSD semakin hilang momentum belian dalam dagangan. Penurunan EURUSD besar kemungkinan singgah di BRN yang juga RBS di 1.11500, 1.11000, dan 1.10500. Kenaikan EURUSD mungkin terhad di BRN SBR di 1.12000, 1.12500 dan 1.13000.

 

“Berdaganglah dengan bijak, tiada posisi dalam dagangan juga adalah satu posisi”

 

Wallahualam

COMMENTS

WORDPRESS: 0
DISQUS: