Euro VS Dolar: Ulasan Minggu Lalu Dan Pandangan 20/03-24/03/2017

Euro VS Dolar: Ulasan Minggu Lalu Dan Pandangan 20/03-24/03/2017

Buat minggu ke-3 berturut-turut EURUSD ditutup kukuh. Pengukuhan ini mencatatkan harga tertinggi sejak 5 minggu terkebelakang. OHLC W1 tercatat sebaga

Dolar VS Yen: Ulasan Minggu Lalu Dan Pandangan 27/03-31/03/2017
Jualan Runcit Bulan November Zon Eropah Menurun

Buat minggu ke-3 berturut-turut EURUSD ditutup kukuh. Pengukuhan ini mencatatkan harga tertinggi sejak 5 minggu terkebelakang. OHLC W1 tercatat sebagai 1.06844, 1.07815, 1.05992, 1.07387. Secara kasar, kenaikan EURUSD sudah sangat menghampiri harga sejak mula EURUSD jatuh sejak 02/02/2017.

 

Pada permulaan minggu lalu iaitu hari Isnin dan Selasa EURUSD melakukan pembetulan pasaran dan mencatat harga terendah mingguan. Selepas FOMC menaikkan kadar faedah kepada 1.00%, EURUSD terus meroket dan pengukuhan ini diteruskan semasa sidang media ECB pada hari Khamis. Hari Jumaat, menyaksikan EURUSD membuat New Daily High lalu membuat pembetulan pasaran hinggalah beberapa jam sebelum pasaran New York ditutup.

 

Minggu hadapan, tiada data berkala ekonomi berimpak tinggi daripada Eurozone. Cuma terdapat 7 terbitan data ekonomi berimpak sederhana pada hari Khamis dan Jumaat. Setakat hari ini dipercayai kekuatan Euro banyak dipacu oleh sentimen geopolitik daripada Eurozone. Yang terbaru adalah krisis ketegangan politik antara Belanda dan Turki. Kedua-dua pemimpin utama Belanda dan Turki saling berbalas komen-komen pedas dan kasar antara satu sama lain.

 

Beralih ke AS pula, cuma terdapat 2 data berkala ekonomi berimpak tinggi daripada AS iaitu Unemployment Claims dan Core Durable Goods Orders m/m. Selain Fed Chair Yellen yang akan berucap Khamis jam 8.30 malam waktu Malaysia minggu hadapan, 5 orang ahli FOMC juga akan berucap pada hari Selasa dan Jumaat. Yellen akan membuat ucapan aluan pembukaan Persidangan Federal Reserve System Cummunity Development Research di Washington. Juga tidak dilupakan Presiden AS, Donald Trump dijadualkan berucap hari Selasa malam di Luisville. Ucapan Trump sering kali memberikan impak kepada pasaran kerana personaliti Trump yang sukar diduga. Jika Dolar AS terus dijual, EURUSD berpeluang terus mendaki menjauhi harga psikologi jangka panjang 1.0500.

 

Secara teknikal pada 15/03/2017 EURUSD telah berjaya membuat Breakout satu Trendline seperti yang digambarkan dalam rajah di bawah. Besar kemungkinan terlebih dahulu EURUSD akan membuat pembetulan pasaran menguji paras RBS terhampir di 1.07145, 1.06785, dan 1.06515 sebelum terus mendaki. Paras SBR terdekat pula letaknya di 1.07745 dan 1.08115. Indikator Stochastic di D1 sudah berada dalam posisi Overbuy. Secara kasar ada kemungkinan EURUSD menguji semula Trendline yang telah diatasi pada 15/03/2017. Harga penutupan minggu lalu Cuma 89pips daripada harga tertinggi tahun 2017.

 

“Usah ditanya di mana rakan sewaktu ditimpa musibah, tanyalah di mana kita sewaktu rakan ditimpa musibah”

 

Wallahualam

COMMENTS

WORDPRESS: 0
DISQUS: