Euro VS Dolar: Ulasan Minggu Lalu Dan Pandangan 11/09-15/09/2017

Euro VS Dolar: Ulasan Minggu Lalu Dan Pandangan 11/09-15/09/2017

Ulasan Minggu Lalu OHLC W1 minggu lepas EURUSD adalah 1.18834, 1.20922, 1.18678, 1.20343. Ini bermakna Euro ditutup kukuh berbanding Dolar AS mingg

Dolar VS Loonie: Ulasan Minggu Lalu Dan Pandangan 11/09-15/09/2017
Euro VS Dolar: Ulasan Minggu Lalu Dan Pandangan 30 Januari – 03 Febuari 2017

Ulasan Minggu Lalu

OHLC W1 minggu lepas EURUSD adalah 1.18834, 1.20922, 1.18678, 1.20343. Ini bermakna Euro ditutup kukuh berbanding Dolar AS minggu lepas. EURUSD bermula hari Isnin minggu lalu dengan agak perlahan sehinggalah Khamis barulah pergerakan besar di EURUSD kerana penetapan kadar faedah daripada ECB. Walaupun dalam sidang media ECB, Mario Draghi cuba membrikan ucapan bernada Dovish, namun pasaran melihatnya sebagai peluang membeli EURUSD pada harga lebih rendah.

 

Sentimen Pasaran Ringkas 11/09-15/09/2017

Minggu depan boleh dikatakan minggu yang agak sunyi daripada data berkala berimpak tinggi daripada Eurozone. Cuma terdapat 1 data berimpak sederhana akan diterbitkan daripada Eurozone. Namun deretan data berimpak kecil bermula Isnin hinggalah Jumaat boleh memberikan impak besar juga jika masing-masing membawa sentimen positif yang melangkaui jangkaan pasaran. Setakat ini sentimen semasa Euro adalah belian semata-mata kerana data-data ekonomi sejak beberapa bulan kebelakangan adalah sangat baik.

 

Banyak data yang melambangkan perkembangan inflasi semasa AS akan diterbitkan minggu depan. Jika data-data inflasi ini berjaya membawa sentimen positif, sentimen jualan Dolar AS semasa dapat diredakan sedikit dan EURUSD berpeluang melakukan pembetulan pasaran ke harga lebih rendah. Data berkala makroekonomi berimpak tinggi daripada AS yang akan diterbitkan adalah PPI m/m, CPI m/m, Core CPI m/m, Unemployment Claims, Core Retail Sales m/m, dan Retail Sales m/m. Hampir keseluruhan data berkala berimpak tinggi berkisar tentang inflasi secara amnya bagi minggu hadapan.

 

Risiko Pasaran

Ketidaktentuan geopolitik yang dicetuskan Korea Utara masih lagi belum reda sepenuhnya dan masih lagi beleh mencetuskan suasana panik dalam pasaran.

 

Teknikal Ringkas Minggu Hadapan 11/09-15/09/2017

Secara teknikal EURUSD masih lagi berada dalam Ascending Channel seperti yang digambarkan dalam rajah. Paras SBR terhampir adalah di 1.200, 1.1950, 1.1950 dan 1.1.1900. Paras harga psikologi EURUSD adalah 1.2000 bagi jarak masa jangka sederhana panjang. Selagi harga bermain-main di atas paras 1.2000 dijangkakan EURUSD masih akan bergerak ke paras lebih tinggi menguji SBR 1.2100, 1.2150, dan 1.2200. Harga di D1 juga masih berada di atas MA8 dan MA21 yang membawa maksud momentum belian masih lagi kekal utuh.

 

“Berdaganglah dengan bijak, tiada posisi dalam dagangan juga adalah satu posisi”

 

Wallahualam

COMMENTS

WORDPRESS: 0
DISQUS: