Euro Menuju Peningkatan Mingguan Terbesar Sejak Empat Bulan Yang Lalu

Euro Menuju Peningkatan Mingguan Terbesar Sejak Empat Bulan Yang Lalu

Matawang euro pada hari Jumaat menunju peningkatan minggun terbesar sejak empat bulan lalu, didorong oleh kelemahan dollar akibat daripada isyarat yan

Momentum Bullish Semakin Lemah, Peluang Cerah Kepada ‘Seller’ EUR/USD
Yen (JPY) Kekal Pilihan Terakhir ‘Safe Haven’

Matawang euro pada hari Jumaat menunju peningkatan minggun terbesar sejak empat bulan lalu, didorong oleh kelemahan dollar akibat daripada isyarat yang lebih berhati-hati daripada Fed berkenaan unjuran rate hike mereka.

EUR/USD telah berada di dalam julat $1.12-$1.15 sepanjang tiga bulan yang lepas berikutan kebimbangan pelabur terhadap pertumbuhan EU yang semakin perlahan dan jangkaan bahawa ECB akan menamatkan ransangan mereka tidak lama lagi.

Namun dovish daripada minit mesyuarat FOMC yang lalu telah meningkatkan semula penjualan dollar, memberi laluan kepada euro untuk mencapai paras tertinggi 1.1571 melepas garisan MA 100-hari buat pertama kali, dan memecah kebuntuan yang dihadapi pelabur euro sepanjang tiga bulan yang lepas.

EUR/USD kini didagang sekitar 1.1527, naik 0.25% setakat jam 10.05 malam, menuju penutupan positif pada minggu keempat.

Sebahagian penganalisis melihat sokongan euro dipandu kuat oleh kelemahan dollar dan berisiko untuk  naik ke zon harga $1.1620.

Walau bagaimanapun, peningkatan matawang tunggal tetap berhadapan dengan barisan data ekonomi yang lebih lemah daripada jangkaan terutamanya di Perancis dan Jerman.

Selain itu, ECB dijangka kekal dengan pelonggaran dasar mereka sepanjang tahun ini yang mana dikatakan akan menjadi penghalang kepada matawang euro untuk melonjak melepasi paras yang lebih tinggi.

COMMENTS

WORDPRESS: 0
DISQUS: