EUR vs Dollar, Kecenderungan Sentimen Politik Mempengaruhi Pasaran

EUR vs Dollar, Kecenderungan Sentimen Politik Mempengaruhi Pasaran

Pasangan matawang EUR/USD melonjak ke paras tertinggi dalam tempoh 6 bulan setelah melakukan 'rally' selama 4 hari hingga mencecah harga sekitar 1.117

Le Pen Dan Frexit Satu Lagi Bencana Kepada Kesatuan Eropah
Pilhanraya Parlimen Belanda : “Wild, Wilder, Wilders” & NEXIT

Pasangan matawang EUR/USD melonjak ke paras tertinggi dalam tempoh 6 bulan setelah melakukan ‘rally’ selama 4 hari hingga mencecah harga sekitar 1.11700 awal pagi tadi. Namun menghampiri sesi pembukaan pasaran Eropah, pasangan matawang ini jatuh hampir 40 pips dan berada disekitar paras 1.1140 pada ketika ini.

Sepanjang minggu ini, pergerakan dan penjualan Dollar panyak dipengaruhi oleh ketidaktentuan politik dan pentadbiran Rumah Putih yang diterajui Trump. Daripada kebocoran maklumat sulit kepada pegawai kerajaan Russia sehinggalah kepada desakan ke atas pengarah FBI untuk menggugurkan siasatan ke atas bekas penasihat keselamatan negara Flynn.

Di zone Eropah pula, polisi kewangan ECB masih menjadi tanda tanya apabila tiada kepastian tentang ‘Tapering’ malahan mungkin pengembangan stimulus sebaliknya akan berlaku. Kenaikan kadar faedah sebelum tahun 2019 juga dilihat hampir tidak pasti dan “priced out”.

Mario Draghi akan berucap awal pagi esok jam 1 pagi, namun jangkaan tiada sebarang bentuk polisi kewangan akan disentuh oleh beliau nanti. Data daripada AS pula sekitar jam 8.30 malam adalah sedikit penting untuk Dollar mendapatkan sedikit momentum bagi memperbaiki kerugian.

Untuk jangka masa sederhana-panjang, pasangan matawang ini lebih terarah kepada jualan. Namun potensi untuk Dollar melemah lebih lanjut masih ada, sekaligus membolehkan EUR melonjak mengatasi USD. Pada saat ini, dari sudut teknikal dan fundamental, pasangan ini mungkin sedang membuat pembetulan pasaran sehingga ke paras 1.08650 sebelum kembali membuat lonjakan ke paras 1.13300.

COMMENTS

WORDPRESS: 0
DISQUS: