EUR/USD Naik 40 Pips Menjelang Bacaan Flash CPI Jerman

EUR/USD Naik 40 Pips Menjelang Bacaan Flash CPI Jerman

Pasangan matawang EUR/USD didagang dengan bias bullish untuk tiga sesi berturut-turut, naik ke paras tertinggi tiga bulan lalu pada harga berada disek

Dapatkah Bullish Emas Lepasi Paras Psikologi $1,300?
Ekonomi China Mencatat Perkembangan Paling Perlahan Dalam 18Tahun

Pasangan matawang EUR/USD didagang dengan bias bullish untuk tiga sesi berturut-turut, naik ke paras tertinggi tiga bulan lalu pada harga berada disekitar harga 1.1974 pada jam 7.00 petang.

Lonjakan pasangan matawang ini turut didorong oleh penjualan berterusan greenback sejak minggu lepas sehingga indeks USD jatuh ke paras terendah dua minggu lalu.

Pasaran juga dilihat mengenepikan bacaan flash CPI Sepanyol bulan Disember yang lemah, berada di paras 0.1%, lebih rendah berbanding jangkaan 0.3%. Sentimen terhadap bearsih greenback menjadi pemandu utama terhadap momentum EUR/USD ketika ini.

Para pelabur kini beralih kepada bacaan flash CPI Jerman bulan Disember yang akan dikeluarkan malam ini dengan jangkaan kadar inflasi akan meningkat 0.5% bulan ke bulan, namun bergerak lebih perlahan pada unjuran tahunan sekitar 1.5%.

Selain itu, bacaan HICP juga diramalkan bergerak perlahan pada unjuran tahun ke tahun, berada di paras 1.4% di bulan Disember.

Walaupun data inflasi Jerman dilihat lebih lemah, namun tanpa sebarang laporan daripada AS hari ini menyebabkan tiada sebarang halangan yang boleh menyekat kemaraan EUR/USD pada hari terakhir dagangan 2017.

COMMENTS

WORDPRESS: 0
DISQUS: