EUR/USD Menghampiri Paras Tertinggi Tahun 2017

EUR/USD memulakan tahun 2018 dengan berada di atas paras tertinggi minggu lalu, didagang pada harga 1.2037 pada jam 11.10 malam. Paras tersebut merupa

Harga Emas Merosot Di Awal Dagangan, Perang Dagangan Terus Menjadi Tumpuan.
Preview News Penting Buat EUR & GBP: 03/09/2018

EUR/USD memulakan tahun 2018 dengan berada di atas paras tertinggi minggu lalu, didagang pada harga 1.2037 pada jam 11.10 malam. Paras tersebut merupakan paras tertinggi sejak September lalu.

Faktor utama yang menjadi pemandu kepada peningkatan EUR/USD adalah kelemahan berterusan dolar AS, pelarasan portfolio akhir tahun lalu serta aliran perdagangan yang terus membantu meningkatkan permintaan matawang Euro.

Masih belum muncul sebarang angka atau bacaan yang signifikan daripada kedua-dua benua melainkan laporan indeks PMI sektor pembuatan pada petang tadi yang menjadi indikator pertama ekonomi di awal tahun 2018.

Kejatuhan USD pada minggu ini dijangka akan mula terhad dengan jumlah dagangan kini telah kembali di paras yang normal.

Selain itu, pasaran juga melihat penyusutan dolar sebagai satu bentuk pembetulan harga dengan penjualan berasaskan fakta. Hal ini kerana kebanyakkan pelabur telah menjangka Trump akan menurunkan tandatangan beliau mengesahkan bill pemotongan cukai sebelum sambutan Krismas lalu.

Prospek ekonomi Eropah masih dilihat dalam keadaan yang baik walaupun diselebungi ketidaktentuan politik. Jerman masih belum dapat membentuk kerajaan dan Itali pula akan mengadakan pilihan raya tidak lama lagi.

Namun dengan kekuatan pertumbuhan ekonomi pada tahun 2017 masih berjaya mengalihkan perhatian para pelabur daripada isu politik semasa yang melanda di zon ekonomi utama Eropah.

Paras Teknikal EUR/USD

Masih  berbaki sekitar 50 pips untuk EUR/USD mencapai paras tertinggi tahun 2017 dengan harga 1.2090 menjadi tumpuan utama.

Paras 1.20 (S1) pula menjadi garisan support terdekat. Kemudian diikuti paras tertinggi minggu lalu sekitar 1.1960 (S2) dan 1.1910 (S3)

COMMENTS

WORDPRESS: 0
DISQUS: