EUR/USD: Kekal Dengan Posisi ‘Long’ Pilihan Yang Tepat?

EUR/USD: Kekal Dengan Posisi ‘Long’ Pilihan Yang Tepat?

Para pelabur telah mengangkat EUR/USD ke paras tertinggi bulanan, didorong oleh pengumuman dasar kewangan Bank Pusat Eropah (ECB) semalam. Kelemaha

Safe Heaven Mengukuh Sedikit Pasca Brexit
USDCAD Naik Kerana Pelemahan Harga Minyak

Para pelabur telah mengangkat EUR/USD ke paras tertinggi bulanan, didorong oleh pengumuman dasar kewangan Bank Pusat Eropah (ECB) semalam.

Kelemahan daripada tekanan harga pengguna (CPI) AS semalam turut menyebabkan tekanan kepada dollar sehingga menolak naik EUR/USD melepasi harga 1.1700.

Dengan kekuatan tersebut, euro terus didagang tinggi berbanding kesemua matawang pada hari Jumaat, menembusi paras penting 1.1700 dan kini didagang pada harga 1.1721, naik 0.26% berbanding greenback setakat jam 4.05 petang.

Berdasarkan kenyataan Mario Draghi pada hari Khamis yang lepas, pasaran dapat melihat kebimbangan beliau terhadap pertumbuhan sehingga unjuran GDP bagi tahun 2018 dan 2019 diturunkan, isu protectionism dan gangguan yang sedang berlaku di dalam pasaran negara membangun.

Namun begitu, menurut ulasan daripada Pengarah Urusan BK Asset Management, Kathy Lien, lonjakan EUR/USD berlaku disebabkan oleh kebimbangan pelabur terhadap isu penurunan inflasi semakin reda.

Mario Draghi menjelaskan bahawa tekanan kos domestik semakin kukuh dan inflasi dijangka kembali pulih pada hujung tahun ini dan akan mula meningkat secara beransur-ansur dalam jangka masa sederhana.

Kebimbangan terhadap perdagangan turut ditutupi oleh pandangan beliau yang melihat permintaan di peringkat global masih kuat.

Sentimen pasaran dan penetapan posisi amat penting ketika berdagang dengan news utama terutamanya seperti penetapan dasar kewangan semalam.

Secara teknikal, untuk dagangan jangka masa pendek masih memperlihatkan potensi EUR/USD untuk meneruskan peningkatan, didorong oleh jangkaan laporan jualan runcit AS akan melemah pada malam ini dengan kedua-dua bacaan indeks PPI dan CPI jatuh lebih rendah daripada ramalan.

Walaupun laporan tersebut tidak akan menghalang peluang rate hike diumumkan oleh Fed pada bulan ini, tetapi kejutan daripada kadar jualan tetap dapat memberi impak kepada dollar.

Jika data meleset, EUR/USD akan kekal positif dan berpotensi naik ke paras 1.1800. Namun sekiranya data menunjukkan perbelanjaan pengguna lebih baik, EUR/USD mampu turun semula ke paras support 1.1610

COMMENTS

WORDPRESS: 0
DISQUS: