EUR/USD Kekal Bearsih, Tembusi Support Penting $1.1800

EUR/USD Kekal Bearsih, Tembusi Support Penting $1.1800

Hasil bon 10-tahun AS terus melonjak pada sesi dagangan NY, naik ke paras 3.089%, paras tertinggi Ogos 2011 setakat jam 11.50 malam, didorong oleh pen

Aussie VS Dolar: Ulasan Minggu Lalu Dan Pandangan 21/05-25/05/2018
Ulasan Pra Super Thursday BOE Yang Pertama Selepas Rate Hike USD

Hasil bon 10-tahun AS terus melonjak pada sesi dagangan NY, naik ke paras 3.089%, paras tertinggi Ogos 2011 setakat jam 11.50 malam, didorong oleh pengukuhan greenback sejak hari Selasa yang lalu.

Data jualan runcit AS yang dikeluarkan semalam menunjukkan perbelanjaan pengguna masih bergerak pada kadar yang memuaskan dan dijangka akan menunjukkan perubahan pada pertumbuhan KDNK bagi suku tahun kedua.

Peningkatan ini sekali gus memberi sokongan penuh kepada pengukuhan USD untuk kekal dipuncak berbanding matawang lain pada malam ini sehingga EUR/USD kecundang ke paras terendah bulan Disember yang lalu.

Penurunan ini dilihat akan kekal untuk tempoh yang lebih lama selepas EUR/USD berjaya menembusi garisan support penting $1.1800 dan kini didagang sekitar $1.1783, susut -0.48% atau 55 pips.

Penurunan pasangan matawang ini turut didorong oleh kelemahan berterusan Euro sejak awal bulan April yang lalu. Sentimen terus ditekan dengan laporan yang mengatakan bahawa kerajaan Itali akan memohon bank pusat Eropah (ECB) untuk membatalkan hutang mereka berjumlah €250 billion.

COMMENTS

WORDPRESS: 0
DISQUS: