EUR/USD Dalam Mod Pemulihan, Maju Ke Paras Tertinggi Mingguan

EUR/USD Dalam Mod Pemulihan, Maju Ke Paras Tertinggi Mingguan

Data-data terkini yang dipaparkan oleh Zon Eropah dan Jerman telah mengelabui pandangan yang menjangkakan bahawa proses pemulihan ekonomi akan berlak

Serangan Kota London : Bahang Brexit Mungkin Hanya Baru Bermula
Market Movers: Pasaran Masih Berhati-Hati, Menantikan Ucapan Janet Yellen

Data-data terkini yang dipaparkan oleh Zon Eropah dan Jerman telah mengelabui pandangan yang menjangkakan bahawa proses pemulihan ekonomi akan berlaku dalam masa terdekat.

Sementara itu, pendirian neutral/dovish ECB dijangka akan terus diulangi sehingga akhir tahun ini, dan berkemungkinan dilanjutkan sehingga pertengahan tahun pertama 2020.

Walau bagaimanapun, bagi dagangan jangka masa pendek, keinginan risiko pasaran serta dinamik pergerakan dollar yang terbentuk daripada isu Brexit dan isu perdagangan dilihat akan terus menjadi pemandu kepada matawang EUR.

Perkara ini dapat dilihat apabila tekanan ke atas EUR meningkat dengan tergendalanya rundingan perdagangan AS-China serta potensi penambahan tarif ke atas barangan import sektor auto Eropah.

Dari sudut politik pula, Itali menjadi punca kepada ketidaktentuan dan volatitili berikutan pilihan raya EU yang akan berlansung pada minggu hadapan.

Fokus pada malam ini tertumpu kepada ucapan dan ulasan PM UK May mengenai bill Brexit beliau yang baru.

Dengan harapan bahawa perjanjian Brexit mungkin dapat diluluskan, matawang euro dan pound mempunyai sebab untuk menamatkan kemerosotan mereka pada minggu ini.

Berdasarkan pergerakan semasa, EUR/USD telah mara ke paras tertinggi mingguan 1.1186, keluar daripada harga terendah 1.1142 sebelum didagang naik turun pada pertengahan 1.1160.

Setelah gagal menembusi 1.1260 pada minggu lalu, para pembeli EUR/USD perlu menawan semula resistance 1.1200 untuk berada di zon yang selesa.

Sementara itu, jika garisan support 1.1140 ditembusi, EUR/USD berpotensi jatuh menguji zon harga 1.1110

COMMENTS

WORDPRESS: 0
DISQUS: