EUR/USD Dalam Mod Bertahan Menjelang Laporan PMI Perkhidmatan Jerman & Zon Eropah

EUR/USD Dalam Mod Bertahan Menjelang Laporan PMI Perkhidmatan Jerman & Zon Eropah

Pasangan matawang EUR/USD berhadapan penurunan yang besar pada hari Isnin walaupun data Keyakinan Pelabur Sentix Zon Eropah yang lebih baik. Pengu

Perkembangan USD Menjelang Pertemuan Legasi Trump Di China
Apakah Terjunan Harga Minyak Telah Temui Dasar Untuk ‘Dipijak’?

Pasangan matawang EUR/USD berhadapan penurunan yang besar pada hari Isnin walaupun data Keyakinan Pelabur Sentix Zon Eropah yang lebih baik.

Pengunduran tersebut dilihat terdorong akibat kebimbangan keputusan positif pejanjian perdagangan AS-China akan meningkatan sentimen risk-on ke dalam pasaran sehingga membantu Fed untuk meneruskan kitaran pengetatan mereka.

EUR/USD telah jatuh daripada 1.1375 ke paras terendah dua minggu yang lalu sekitar 1.1309 pada hari Isnin dan sehingga jam 3.10 petang hari Selasa, pasangan matawang ini didagang sekitar 1.1326.

Risiko pergerakan masih ke bawah dengan laporan PMI Perkhidmatan akan dikeluarkan bermula daripada Sepanyol pada jam 4.15 petang dan berakhir pada jam 5 petang di Zon Eropah.

Dengan pengucupan pada aktiviti perkhidmatan yang dijangka terus berlaku di Itali dan Perancis, momentum bearish dijangka akan terus menekan matawang tunggal euro.

Namun begitu, sikap berhati-hati pelabur menjelang keputusan dasar kewangan Bank Pusat Eropah (ECB) pada hari ini mungkin dapat menghadkan volatiliti pergerakan matawang pada hari ini.

Jika PMI Perkhidmatan Jerman meleset daripada ramalan, angka ini akan memicu jangkaan akan berlakunya perubahan dovish pada pendirian bank pusat, sekali gus akan menyebabkan sell-off euro sehingga pengumuman ECB esok.

Secara teknikal, retracement EUR/USD menghampiri zon oversold, namun tetap berpotensi untuk terus berundur ke paras support 1.1300 (S1), kemudian di paras 1.1265 (S2) dan 1.1220 (S3).

Resistance terhampir pula berada di paras 1.1340 (R1), 1.1385 (R2) dan 1.1420 (R3).

COMMENTS

WORDPRESS: 0
DISQUS: